Ceramah Perdana Di Bukit Katil Sekali Lagi Buktikan Kerjasama Utuh UMNO – Pas


BUKIT KATIL, 24 Feb – Walaupun ada pihak yang cuba merosakkan hubungan erat yang terjalin antara UMNO dan Pas, namun ia sedikitpun tidak mempengaruhi akar umbi kedua-dua parti tersebut.

Ini terbukti apabila lebih 5,000 menghadiri Ceramah Perdana “Islam Memimpin, Demi Perpaduan Ummah” BN dan Pas di Bukit Katil, malam ini.

Meskipun ada yang terpaksa duduk di atas tar, orang ramai tetap tidak berganjak dari tempat duduk bagi mendengar ceramah yang disampaikan oleh Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa dan Presiden Pas Datuk Seri Haji Hadi Awang.

Antara penceramah lain yang turut memeriahkan majlis adalah Pengerusi badan perhubungan UMNO Negeri Melaka, YBhg Datuk Seri Ab Rauf Yusof. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.