Shahril Hamdan Rakam Perhargaan Pada PM Dan Presiden UMNO, Dilantik Pengarah Ekonomi Pejabat PM

KUALA LUMPUR, 12 Okt – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan merakamkan ucapan penghargaan dan terima ksaih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang telah melantik beliau sebagai Pengarah Ekonomi Pejabat Perdana Menteri. Shahril yang juga Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO turut melahirkan penghargaan yang sama kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana merestui pelantikan […]

» Read more

UMNO Bersama Rakyat, Komited Bantu Terkesan COVID-19 – Ahmad Said

BESUT, 9 Okt – UMNO merealisasikan hasrat terus bersama rakyat sebagaimana UMNO Terengganu sedaya upaya membantu masyarakat yang terjejas kesan daripada penularan pandemik COVID-19 termasuk yang melibatkan sektor pelancongan, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri (BPUN) Datuk Seri Ahmad Said. Jelas beliau, meskipun UMNO tidak mentadbir kerajaan negeri namun usaha berterusan dalam memberikan bantuan tetap dilaksanakan. “Kita percaya bahawa rakyat […]

» Read more

‘Branding’ Semula UMNO, Mesra Golongan Muda Ke Arah Persiapan PRU-15 – Shahril

BESUT, 8 Okt – Ketua Penerangan UMNO Malaysia Shahril Hamdan memberi penekanan untuk parti fokus mendekati golongan muda sebagai persediaan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). Menurut beliau, cara yang terbaik adalah dengan memberikan penjenamaan semula kepada parti melalui cara yang bersesuaian dan mesra kepada golongan terbabit. “Kita berhadapan dengan perubahan besar dalam landskap pengundi terutamanya dalam menguruskan 5.8 […]

» Read more

UMNO Terus Depani Cabaran, Kembangkan Lagi Platform Anak Muda – Jais Sarday

KUALA LUMPUR, 8 Okt – Ketua UMNO Kluang, Datuk Md Jais Sarday berpandangan dalam usaha parti untuk mendepani pelbagai cabaran, beberapa langkah perlu difikirkan dan dilaksanakan supaya ianya seiring dan sealiran dengan senario semasa termasuklah anak-anak muda. Antaranya jelas beliau SiswaUMNO boleh diinstitusikan bagi memastikan kesinambungan minat masing-masing sekaligus melahirkan bakat serta pimpinan yang berterusan menerusi sayap UMNO kelak serta […]

» Read more

UMNO Terus Komited Bantu Rakyat, Agih Bakul Makanan Kepada Golongan Terjejas – Azley Yahya

KUALA SELANGOR, 6 Okt – UMNO Bahagian Kuala Selangor merealisasikan hasrat parti dengan terus komited memberikan bantuan kepada rakyat semenjak awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 dilaksanakan pada Mac tahun lalu lagi, kata Ketua Pergerakan Pemudanya Datuk Azley Yahya. Menurut beliau, dalam minggu ini sahaja UMNO bahagian telah menyediakan 1,000 bakul makanan untuk diagihkan kepada Parlimen Kuala Selangor. “Bermula pada […]

» Read more

Kerja Kuat Penting Untuk UMNO Dapatkan Mandat Rakyat – Shamsul Anuar

LENGGONG, 4 Okt – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berpandangan membentuk kerajaan dengan mendapat mandat daripada rakyat adalah sangat penting bagi UMNO. Katanya ini kerana melalui cara ini ia memberikan keyakinan pelbagai pihak kepada kerajaan malah dengan sendirinya akan memudahkan segala agenda yang dirancang. “Namun demikian kita mesti bekerja kuat, tanpa menanti pengumuman […]

» Read more

Bekas Pemain Skateboard Negara Sertai UMNO, Yakin Agenda Parti Bawa Perjuangan Rakyat Dan Kestabilan

PETALING JAYA, 3 Okt – Bekas pemain sukan skateboard negara Mohd Zamri Mohd Ramli menyertai UMNO selepas menyedari bahawa parti ini yang membawa kestabilan kepada negara dan perjuangan rakyat. Menurut beliau, perubahan kerajaan semenjak Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) juga membuka mata beliau untuk bersama menyertai parti keramat ini. “Saya selama ini adalah penyokong UMNO meskipun tidak pernah menyertainya namun […]

» Read more

Mesyuarat Cawangan UMNO Bermula 15 Okt, Bahagian Serentak 18 Dis, PAU Pada Jan 2022

KUALA LUMPUR, 30 Sept – Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO telah menetapkan bahawa tarikh persidangan Cawangan, Bahagian dan Perhimpunan Agung UMNO dilaksana bagi tahun 2021 dilaksanakan bermula Oktober ini. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dalm kenyataan media hari ini memaklumkan bahawa keputusan ini dibuat dalam mesyuarat yang dilaksanakan semalam dengan dipengerusikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad […]

» Read more

Perkukuh Akar Umbi, UMNO Bahagian PJ Terima Keahlian Baharu

PETALING JAYA, 30 Sept – Setiausaha Kerja (SUK) UMNO Bahagian Petaling Jaya Khairul Anuar Mokhtar berbesar hati menerima kemasukan 30 ahli baharu dalam usaha mengukuhkan akar umbi parti. Sesi penyerahan borang tersebut diberikan menerusi majlis ringkas oleh wakilnya yang merupakan bekas pemain sukan skateboard negara, Mohd Zamri Mohd Ramli. Khairul berkata kesemua ahli baharu tersebut tidak pernah terlibat dengan UMNO […]

» Read more

UMNO Sedia Lakukan Pembaharuan, Letak Muka Baharu Sebagai Calon PRU15 – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 29 Sept – UMNO bersedia melakukan pembaharuan termasuk memberi peluang kepada muka baharu untuk diletakkan sebagai calon bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kelak, kata Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Jelas beliau ini kerana ianya bagi menghadapi kedinamikan politik termasuk had umur mengundi yang bakal diturunkan pada usia 18 tahun. “Itu adalah sesuatu yang wajib, […]

» Read more
1 194 195 196 197 198 599