Shahril Hamdan Rakam Perhargaan Pada PM Dan Presiden UMNO, Dilantik Pengarah Ekonomi Pejabat PM

KUALA LUMPUR, 12 Okt – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan merakamkan ucapan penghargaan dan terima ksaih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang telah melantik beliau sebagai Pengarah Ekonomi Pejabat Perdana Menteri.

Shahril yang juga Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO turut melahirkan penghargaan yang sama kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana merestui pelantikan tersebut.

“Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YAB Perdana Menteri atas pelantikan dan kepada YB Datuk Seri Presiden atas restunya. Insya-Allah saya akan laksana tugas sebaik mampu membantu pasukan ekonomi yang sedia ada dan cuba menyumbang ke arah pemulihan ekonomi makro dan rakyat,” katanya kepada UMNO Online.

Shahril merupakan lepasan jurusan Ekonomi di University of Manchester di bawah tajaan biasiswa Bank Negara Malaysia pada tahun 2008. Kemudian beliau meneruskan pembelajarannya di peringkat sarjana dalam bidang Etnik Kaum dan Kajian Pasca-kolonial di London School of Economics and Political Science dengan bantuan biasiswa penuh Chevening daripada Jabatan Luar dan Komanwel British. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.