Perkukuh Akar Umbi, UMNO Bahagian PJ Terima Keahlian Baharu

PETALING JAYA, 30 Sept – Setiausaha Kerja (SUK) UMNO Bahagian Petaling Jaya Khairul Anuar Mokhtar berbesar hati menerima kemasukan 30 ahli baharu dalam usaha mengukuhkan akar umbi parti.

Sesi penyerahan borang tersebut diberikan menerusi majlis ringkas oleh wakilnya yang merupakan bekas pemain sukan skateboard negara, Mohd Zamri Mohd Ramli.

Khairul berkata kesemua ahli baharu tersebut tidak pernah terlibat dengan UMNO bahkan hanya aktif menerusi pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Memang di peringkat UMNO Bahagian ini amat mengalu-alukan orang ramai yang hendak menyertai UMNO.

“Kami menghargai bila ada yang hendak bersama dengan UMNO khususnya Petaling Jaya di salah satu cawangan iaitu Seri Mahar,” ujar Khairul pada sesi penyerahan borang tersebut semalam.

Sementara itu mantan Ketua Pemuda Cawangan Pangsapuri PKNS Taman Dato Harun yang berperanan membawa kemasukan ahli baharu ini juga turut melahirkan rasa teruja beliau dengan penambahan akar umbi baharu bagi bahagian berkenaan.

Katanya, sebelum ini beliau menerima pelbagai respon daripada rakan-rakan yang semakin ralat dengan pergolakan politik yang berlaku sebelum ini dan ianya sebagai penanda aras kepada mereka untuk bersama dengan perjuangan UMNO.

“Saya dapat respon yang sangat baik kerana banyak dalam kalangan rakan-rakan yang minat untuk aktif dalam politik.

“Sebab rakyat pun sudah melihat sendiri bagaimana kerajaan itu bertukar-tukar… mereka pun rasa macam ada yang tidak kena.

“Saya ambil pendekatan ini bersama Zamri berjumpa dengan SUK Bahagian untuk serahkan borang ahli baharu UMNO yang saya kira dengan niat yang baik untuk berbakti pada negara melaui UMNO,” ujar beliau. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.