Mesyuarat Cawangan UMNO Bermula 15 Okt, Bahagian Serentak 18 Dis, PAU Pada Jan 2022

KUALA LUMPUR, 30 Sept – Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO telah menetapkan bahawa tarikh persidangan Cawangan, Bahagian dan Perhimpunan Agung UMNO dilaksana bagi tahun 2021 dilaksanakan bermula Oktober ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dalm kenyataan media hari ini memaklumkan bahawa keputusan ini dibuat dalam mesyuarat yang dilaksanakan semalam dengan dipengerusikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Semua mesyuarat tidak diadakan pemilihan jawatan kerana Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) telah bersetuju mengenai penangguhan Pemilihan Parti UMNO sehingga 29 Disember 2022.

“Mesyuarat boleh diadakan secara bersemuka atau maya atau gabungan bersemuka dan maya mengikut situasi COVID-19 di kawasan masing-masing. Kehadiran mesyuarat adalah dengan korum minima ¼ daripada jumlah yang layak hadir atau lebih daripada ¼ asalkan mengikut SOP yang dibenarkan mengikut kawasan masing-masing,” katanya.

Tarikh-tarikh untuk diadakan Persidangan Cawangan, Bahagian dan Perhimpunan Agung UMNO 2021 adalah seperti berikut:-

i) Persidangan UMNO Cawangan
15 Oktober – 30 November 2021

ii) Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian – Diadakan Serentak Seluruh Negara
11 Disember dan 12 Disember 2021 (Sabtu & Ahad)

iii) Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian
Diadakan Serentak Seluruh Negara
18 Disember 2021 (Sabtu)

iv) Perhimpunan Agung UMNO 2021
13-15 Januari 2022 (Khamis – Sabtu)

Dalam masa yang sama, beliau memaklumkan sempena Sambutan Jubli Intan 75 Tahun UMNO, akan diadakan Majlis Anugerah Tokoh UMNO Negeri-Negeri seperti nama-nama tokoh yang disenaraikan ini:-

i. PERLIS – YBHG DATO’ SERI DR MD ISA BIN SABU

ii. KEDAH – YBHG DATO’ SERI AMAR TAN SRI DATUK SERI (DIRAJA) HAJI OSMAN BIN AROFF

iii. KELANTAN – YBHG TAN SRI DATO’ HAJI HUSSEIN BIN AHMAD

iv. TERENGGANU – YBHG DATO’ HAJI MOHD SALLEH BIN ISMAIL

v. PULAU PINANG – YBHG TAN SRI DATUK SERI DR IBRAHIM BIN SAAD

vi. PERAK – YBHG ORANG KAYA-KAYA SERI AGAR DIRAJA TAN SRI DATO’ SERI RAMLI BIN NGAH TALIB

vii. PAHANG – YH TAN SRI DATO’ SRI SABARUDDIN CHIK

viii. SELANGOR – YBHG TAN SRI DATO’ SRI ONN BIN ISMAIL

ix. WILAYAH PERSEKUTUAN – YBHG DATUK FARIDAH BINTI ABU HASSAN

x. NEGERI SEMBILAN – YBHG TAN SRI DATO’ ABU ZAHAR BIN DATO’ NIKA UJANG

xi. MELAKA – ALLAHYARHAM DATUK SERI ABU ZAHAR BIN HAJI ITHNIN

xii. JOHOR – ALLAHYARHAM TAN SRI DATUK HAJI MOHAMAD BIN HAJI AZIZ

xiii. SABAH – YBHG TAN SRI HAJI AMPONG PUYON – UMNO Online

Download (PDF, 763KB)