Bekas Pemain Skateboard Negara Sertai UMNO, Yakin Agenda Parti Bawa Perjuangan Rakyat Dan Kestabilan

PETALING JAYA, 3 Okt – Bekas pemain sukan skateboard negara Mohd Zamri Mohd Ramli menyertai UMNO selepas menyedari bahawa parti ini yang membawa kestabilan kepada negara dan perjuangan rakyat.

Menurut beliau, perubahan kerajaan semenjak Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) juga membuka mata beliau untuk bersama menyertai parti keramat ini.

“Saya selama ini adalah penyokong UMNO meskipun tidak pernah menyertainya namun saya ambil cakna dengan keadaan politik negara.

“Tetapi untuk pilihan raya yang akan datang ini kita perlu melakukan sesuatu sebab sebelum ini kita menyaksikan pertukaran kerajaan jadi ini memberikan kesan.

“Jika dibandingkan dengan era pentadbiran UMNO suatu ketika dahulu sangat cemerlang cuma apa sahaja yang berlaku ini kita biarkan ianya berlalu,” katanya selepas sesi penyerahan borang keahlian, baru-baru ini.

Terdahulu Mohd Zamri mewakili 30 orang ahli baharu melakukan penyerahan borang tersebut kepada Setiausaha Kerja (SUK) UMNO Bahagian Petaling Jaya Khairul Anuar Mokhtar turut hadir adalah mantan Ketua Pemuda Cawangan Pangsapuri PKNS Taman Dato Harun yang juga berperanan membawa beliau menyertai UMNO.

Sementara itu Mohd Zamri berkata sebelum ini beliau tidak pernah menyertai dengan mana-mana parti politik dan hanya aktif dengan kerja sosial bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Beliau juga berharap untuk UMNO bergerak dengan peredaran zaman terutama sekali untuk mendekati anak muda apatah lagi dengan had umur pengundian yang bakal diturunkan sehingga 18 tahun kelak.

“Agak mustahil kita boleh membawa mereka ke arah yang dikehendaki sebab maklumat yang mereka perolehi boleh disalah tafsir sebab mereka boleh mendapat maklumat yang salah.

“Dengan had umur mengundi ini kita mesti menyedarinya dan mesti memberi petunjuk yang betul,” ujar beliau. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.