UMNO Terus Komited Bantu Rakyat, Agih Bakul Makanan Kepada Golongan Terjejas – Azley Yahya

KUALA SELANGOR, 6 Okt – UMNO Bahagian Kuala Selangor merealisasikan hasrat parti dengan terus komited memberikan bantuan kepada rakyat semenjak awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 dilaksanakan pada Mac tahun lalu lagi, kata Ketua Pergerakan Pemudanya Datuk Azley Yahya.

Menurut beliau, dalam minggu ini sahaja UMNO bahagian telah menyediakan 1,000 bakul makanan untuk diagihkan kepada Parlimen Kuala Selangor.

“Bermula pada PKP yang pertama kita daripada UMNO Bahagian khususnya Pemuda sentiasa turun ini untuk serahkan bakul makanan.

“Saya rasa bahagian pon sampai ke hari ini masih lagi mengedarkan bakul makanan.

“Di Pemuda sendiri sejak PKP dilaksanakan sudah 3,000 bakul makanan kepada golongan B40,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui ketika operasi pembersihan di Kampung Rantau Panjang baru-baru ini ekoran kawasan tersebut dilanda banjir.

Sementara itu, ketika ditanya berkenaan sokongan rakyat setempat kepada UMNO beliau berkata rata-rata daripadanya masih mahukan parti keramat ini terus berkhidmat kepada mereka.

“Keyakinan kita di peringkat Pemuda tinggi sebab rakyat merasakan UMNO ini masih lagi relevan dan mereka masih memerlukan UMNO untuk menjadi kerajaan.

“Kerana manfaat yang UMNO berikan sebelum ini masih lagi dalam ingatan segar penduduk di Kuala Selangor ini dan mereka yakin dan minta UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-15 kelak kembali berkuasa.

“Sebab apa kita di peringkat Pemuda ini memberikan semangat untuk kita bekerja ini disebabkan pandangan daripada rakyat di sini yang memberikan kekuatan untuk bekerja kuat itu yang membolehkan keyakinan daripada Pemuda UMNO untuk terus berkhidmat,” ujar beliau. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.