Kerja Kuat Penting Untuk UMNO Dapatkan Mandat Rakyat – Shamsul Anuar

LENGGONG, 4 Okt – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berpandangan membentuk kerajaan dengan mendapat mandat daripada rakyat adalah sangat penting bagi UMNO.

Katanya ini kerana melalui cara ini ia memberikan keyakinan pelbagai pihak kepada kerajaan malah dengan sendirinya akan memudahkan segala agenda yang dirancang.

“Namun demikian kita mesti bekerja kuat, tanpa menanti pengumuman pilihan raya dilakukan. Kerja memperkukuhkan kekuatan parti mesti dilakukan segera.

“Pastinya dengan dengan perlaksanaan undi mulai umur 18 tahun, landskap politik negara akan berubah. Oleh itu pendekatan dan cara kita bekerja juga mesti berubah.

“Khidmat kita jangan hanya kepada ahli parti sahaja. Kita mesti berkhidmat dan berbakti kepada rakyat keseluruhannya,” katanya yang juga Ahli Parlimen Lenggong.

Beliau berkata demikian pada Majlis Bersama Pemimpin MCA Lenggong yang berlangsung baru-baru ini dihadiri oleh kepimpinan tertinggi bahagian parti itu bersama jawatankuasa serta 11 ketua cawangan MCA dalam bahagian Lenggong.

Turut hadir adalah ialah Ketua Wanita UMNO Lenggong, Ketua Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Lenggong.

Sementara itu beliau juga turut menyampaikan peruntukan kepada MCA Bahagian dan MCA Cawangan dalam bahagian berkenaan untuk dilaksanakan dalam program-program bersama rakyat. –UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.