‘Lawan Dan Lawan’ Serta ‘Undi BN’ Bergema Di Pasar Malam Jalan Kebun

SHAH ALAM, 27 Julai – Lawan…lawan..lawan pakatan…hidup…hidup rakyat…hidup…hidup… hidup BN…undi…undi…undi Lokman, begitulah suasana meriah dengan kempen jentera Barisan Nasional (BN) sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis di Pasar Malam Lorong Hj Said Jalan Kebun. Menerusi ‘Speaker Corner: Mesej Daripada Pembangkang’ yang berada di tengah-tengah pasar malam terbabit, beberapa penceramah melontarkan pelbagai pandangan dalam usaha megentengahkan calon BN, […]

» Read more

Perhimpunan Agung UMNO 2018 Pada 29 – 30 Sept Depan

KUALA LUMPUR, 27 Julai – Perhimpunan Agung UMNO 2018 dijadualkan akan diadakan pada 29 dan 30 September akan datang. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perhimpunan tersebut akan dimulakan dengan mesyuarat sayap parti iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri dan diikuti dengan persidangan parti keesokannya. “Hasil mesyuarat Majlis Teringgi (MT) hari ini kita telah putuskan Perhimpunan Agung UMNO […]

» Read more

UMNO Tubuh Jemaah Penasihat Dipengerusikan Tengku Razaleigh

KUALA LUMPUR, 27 Julai – UMNO menubuhkan Jemaah Penasihat yang dipengerusikan oleh Tengku Razaleigh Hamzah, kata Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau memaklumkan bahawa keputusan tersebut dibuat oleh Majlis Tertinggi (MT) dengan menubuhkan juga sembilan majlis yang meliputi beberapa pertanggungjawaban bagi memperkasakan dan menyemarakkan UMNO sebagai sebuah pertubuhan politik sebagaimana Fasal 3 Perlembagaan UMNO sendiri. “Kita menumpukan kepada […]

» Read more

Rakyat Ditekan Penuhi Tabung Tapi Kerajaan Tambah Hutang – Pemuda UMNO

KUALA LUMPUR, 27 Julai – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyelar tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang secara diam-diam menambah hutang negara tetapi dalam masa yang sama memomokkan rakyat dengan cerita hutang pentadbiran kerajaan yang lalu. Menurut ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, ironinya beliau melihat kepada rasional tindakan kerajaan PH yang meminta rakyat untuk menanggung bersama melunaskan hutang tetapi pada […]

» Read more

Wanita UMNO Mahu Kerajaan Selangor Serius Benteras Wabak Denggi

KLANG, 27 Julai – Ketua Wanita UMNO Bahagian Kapar, Noorlaila Aslah mendesak kerajaan Negeri Selangor agar segera mengambil tindakan drastik bagi mengatasi masalah demam denggi yang sentiasa menjadi ancaman kepada rakyat di negeri ini. Menurut beliau, kerajaan Negeri Selangor harus berasa malu dengan janji ‘Peduli Sihat’ yang dijaja tetapi rakyat Selangor terus menjadi mangsa ancaman denggi. “Hari ini, saya bersama […]

» Read more

‘Live’ Diskusi N49 : Panel Bakal Kupas ‘Islam Dan Cabarannya’

SHAH ALAM, 27 Julai – ‘Islam dan Cabarannya’ bakal menjadi topik yang akan dibincangkan melalui ruangan Diskusi N49 malam ini. Dengan panel yang terdiri daripada Exco Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Dr Mashitah Ibrahim bergandingan dengan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, tentunya tajuk ini amat bersesuaian dengan situasi semasa. Diskusi N49 yang berlangsung setiap malam […]

» Read more

UMNO Desak Rakyat Malaysia Tolak NGO Samakan Perjuangan Dengan Palestin

KUALA LUMPUR, 27 Julai – UMNO terkejut dengan kenyataan pertubuhan bukan-kerajaan (NGO) Malaysian Tamillan Today yang menyamakan perjuangan pertubuhan pengganas Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE), dengan perjuangan Palestin. Ketua Penerangannya, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, UMNO mengutuk keras kenyataan presidennya N Shanmugam dan mendesak rakyat Malaysia serta umat Islam menolak pendirian NGO ini. “Perlu diingat bahawa asas perjuangan […]

» Read more

Kerajaan PH Jangan Jadikan Golongan Muda ‘Tikus Makmal’

KUALA LUMPUR, 27 Julai – Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan mengingatkan kerajaan Pakatan Harapan (PH), cukup-cukuplah mempermainkan rakyat khususnya golongan muda kerana mereka bukanlah pengundi yang boleh ‘dijual-beli’. “Mereka memilih kerajaan baharu dengan harapan kehidupan mereka akan menjadi lebih selesa dan bertambah baik, tetapi rupanya, mereka umpama ‘tikus makmal’ yang digunakan sebagai alat ujikaji kerajaan PH.” Katanya, […]

» Read more

Mesyuarat Ditangguh Antara Isu Sidang Dewan Rakyat Minggu Ini

KUALA LUMPUR, 27 Julai – Insiden sidang Dewan Rakyat ditangguh susulan tidak cukup korum, Selasa lepas menjadi antara topik tumpuan pada minggu kedua Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-14. Ia berlaku sebaik mesyuarat disambung semula selepas rehat tengah hari pada pukul 2.30 petang, apabila Datuk Alexander Nanta Linggi (PBB-Kapit) bangun menggunakan Peraturan Mesyuarat dan membangkitkan mengenai mesyuarat tidak cukup korum. […]

» Read more

Bila Bercakap Soal Dasar Pendidikan Negara, Kita Mesti Serius, Tidak Boleh Main-Main – Mahdzir Khalid

SHAH ALAM, 27 Julai – Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid membidas Menteri Pelajaran, Dr Mazlee Malik yang disifatkan beliau telah berulang kali melakukan pusingan-U dalam membuat keputusan berhubung soal-soal pendidikan di negara ini. Katanya, tidak sampai 100 hari pentadbiran kerajaan PH, Menteri Pendidikan dilihat telah banyak kali membuat pusingan-U berhubung kenyataan-kenyataan beliau tentang soal-soal yang melibatkan pendidikan di […]

» Read more
1 2,679 2,680 2,681 2,682 2,683 2,735