‘Live’ Diskusi N49 : Panel Bakal Kupas ‘Islam Dan Cabarannya’


SHAH ALAM, 27 Julai – ‘Islam dan Cabarannya’ bakal menjadi topik yang akan dibincangkan melalui ruangan Diskusi N49 malam ini.

Dengan panel yang terdiri daripada Exco Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Dr Mashitah Ibrahim bergandingan dengan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, tentunya tajuk ini amat bersesuaian dengan situasi semasa.

Diskusi N49 yang berlangsung setiap malam tepat jam 9.00 bersempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis ini akan menampilkan Datuk Mohd Irwan Rizal sebagai moderator dengan tontonan boleh dibuat menerusi laman facebook UMNO-Online.

Kempen PRK DUN Sungai Kandis bermula sejak 21 Julai lalu dan hari pengundian akan berlangsung pada 4 Ogos depan. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.