Wanita UMNO Harap Kerjasama Muslimat PAS

KUALA LUMPUR 28 Jan. – Pergerakan Wanita UMNO Selangor berharap dapat terus menjalin kerjasama dengan Muslimat Pas bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih. Ketua Wanita UMNO Selangor, Datuk Rosni Sohar berkata, harapan itu disandarkan menerusi kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam PRK Parlimen Cameron Highlands lalu. “Komitmen dan usaha yang sangat positif serta inklusif yang telah […]

» Read more

Kemenangan BN Di Cameron Highlands Isyarat Rakyat Tolak Politik PH Yang Penuh Janji

KUALA LUMPUR, 28 Jan – Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands jelas menunjukkan kebangkitan rakyat menolak kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dilihat gagal menjaga kebajikan masyarakat dan mentadbir negara dengan baik serta ditambah pula dengan pelbagai krisis baru yang timbul dikalangan mereka […]

» Read more

Membina Muafakat Baru, Rakyat Terus Bangkit Dari Jadi Mangsa PH – Annuar

KUALA LUMPUR, 28 Jan – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands memberi kekuatan baru kepada Barisan Nasional (BN) membela rakyat, menjadi pembangkang yang berkesan, menjaga peranan ‘check and balance’ yang utuh dan seterusnya membina wibawa baru yang lebih baik dari Pakatan Harapan (PH). Tegas beliau, kelompongan semakin membesar dari pemerintahan PH yang […]

» Read more

Ada Pihak Prejudis Kebersamaan UMNO-PAS, Tiada Sentimen Perkauman

KUALA LUMPUR, 28 Jan – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid menegaskan bahawa tiada perang saraf mahupun sentimen perkauman oleh UMNO atau PAS seperti dakwaan sesetengah pihak dalam memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) di Cameron Highlands. Sabtu lalu, BN mempertahankan Parlimen Cameron Highlands dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) dengan memperoleh 12,038 undi menewaskan calon kitar semula Dap yang mewakili […]

» Read more

Takut Kerjasama UMNO-PAS Kerana Mampu Gugat PH – Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 28 Jan – Pakatan Harapan (PH) hakikatnya gerun dan amat takut jika kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan PAS benar-benar berlaku kerana keputusan PRK Parlimen Cameron Highlands sudah mengesahkan dengan kerjasama sudah tentu mampu menatijahkan keputusan yang memberangsangkan. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, jika dianalisis secara terperinci keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 […]

» Read more

Sudah Tewas PRK, ‘Move On’ Sajalah…Tak Perlu Ada-adakan Cerita

KUALA LUMPUR, 28 Jan – Pihak tertentu di negara ini tidak perlu mengada-adakan cerita kononnya UMNO dan PAS menganjur perang saraf dengan memainkan sentimen perkauman dan keagamaan untuk meraih sokongan rakyat, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Suraya Yaacob. Katanya, pihak berkenaan bukan hanya mengambarkan daya intelektual yang rendah, malah mereka seolah merelakan diri untuk menjadi alat propaganda parti politik […]

» Read more

Kerajaan PH Kurangkan Kadar Makanan SBP, Ibarat Langkah Ke Belakang

KUALA LUMPUR 28 Jan. – Langkah kerajaan Pakatan Harapan mengurangkan kadar makanan sehari di sekolah berasrama penuh (SBP) diibaratkan sebagai suatu langkah ke belakang. Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, pengurangan peruntukan kepada RM14.50 daripada kadar asal RM18.00 seorang pelajar sehari dilihat agak besar dan signifikan. Justeru, kata beliau, Kementerian Pendidikan perlu memberi penjelasan segera […]

» Read more

Kemenangan BN Di Cameron Highlands Permulaan Penolakan Rakyat – Khaled

KUALA LUMPUR, 27 Jan – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kemenangan Barisan Nasional (BN) di Cameron Highlands adalah permulaan penolakan yang jelas terhadap Pakatan Harapan selain menunjukkan rakyat Malaysia kini mula menunjukkan rasa dan pendirian tegas mereka terhadap prestasi Pakatan Harapan yang teruk. Menurut beliau di sebalik kehadiran pemimpin besar Pakatan Harapan termasuk Perdana Menteri, masyarakat […]

» Read more

Kemenangan Di Cameron Highlands : Perjalanan Masih Panjang Dan Berliku

KUALA LUMPUR,27 JAN – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata perjalanan parti masih panjang dan pastinya makin berliku namun kemenangan yang dicapai pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Cameron Highlands membuktikan parti mampu bangkit kembali meraih sokongan rakyat dengan pertolongan Allah swt. Menerusi catatan di facebooknya, beliau mengucapkan terima kasih kepada seluruh jentera parti termasuk daripada […]

» Read more

Tahniah Ramli, Kami Akan Terus Main Peranan Semak Dan Imbang Untuk Rakyat Pelbagai Kaum – Wee Ka Siong

Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mengucapkan tahniah kepada kepada calon Barisan Nasional (BN), Ramli Mohd Nor di atas kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands semalam. Menurut beliau Ramli telah melakar sejarah sebagai Orang Asli pertama menjadi Ahli Parlimen di Malaysia. “Sedari awal, BN telah menunjukkan sikap keterbukaan dan memupuk semangat kepelbagaian dalam memilih calon untuk PRK […]

» Read more
1 2,556 2,557 2,558 2,559 2,560 2,769