Ada Pihak Prejudis Kebersamaan UMNO-PAS, Tiada Sentimen Perkauman


KUALA LUMPUR, 28 Jan – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid menegaskan bahawa tiada perang saraf mahupun sentimen perkauman oleh UMNO atau PAS seperti dakwaan sesetengah pihak dalam memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) di Cameron Highlands.

Sabtu lalu, BN mempertahankan Parlimen Cameron Highlands dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) dengan memperoleh 12,038 undi menewaskan calon kitar semula Dap yang mewakili PH dan dua lagi calon Bebas.

“Malah saya yakin peningkatan sokongan kepada BN baru-baru ini seperti yang diterjemahkan dlm PRK Cameron Highlands adalah lebih kepada kesedaran sebahagian besar masyarakat Melayu/Bumiputera dan umat Islam untuk terus mempertahankan hak mereka tanpa mengetepikan kepentingan masyarakat pelbagai kaum dan agama di Malaysia.

“Pihak yang prejudis dengan kebersamaan UMNO-PAS itulah barangkali beranggapan bahawa kerjasama ini adalah satu bentuk perang saraf,” katanya yang juga Ahli Parlimen Padang Terap.

PRK Cameron Highlands menyaksikan kerjasama UMNO dan Pas berjalan lancar sejak dimulakan menerusi PRK DUN Sungai Kandis tahun lalu. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.