Tahniah Ramli, Kami Akan Terus Main Peranan Semak Dan Imbang Untuk Rakyat Pelbagai Kaum – Wee Ka Siong

Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mengucapkan tahniah kepada kepada calon Barisan Nasional (BN), Ramli Mohd Nor di atas kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands semalam.
Menurut beliau Ramli telah melakar sejarah sebagai Orang Asli pertama menjadi Ahli Parlimen di Malaysia.

“Sedari awal, BN telah menunjukkan sikap keterbukaan dan memupuk semangat kepelbagaian dalam memilih calon untuk PRK kali ini. Ia juga merupakan sesuatu yang berbeza daripada strategi-strategi BN terdahulu. MCA berusaha keras untuk berkempen demi memenangkan Sdr Ramli.

“Selepas ini, saya bersama Sdr Ramli akan tetap memainkan peranan semak-imbang dan membawa suara rakyat berbilang kaum,” katanya menerusi catatan di facebook.

Beliau juga seterusnya berharap agar kerajaan Pakatan Harapan memandang lebih serius terhadap suara rakyat dan bertanggungjawab untuk menunaikan janji-janji yang pernah dibuat.


“Usah lari daripada menjawab isu-isu utama dan berterusan membuat pusingan ‘U’ sepanjang masa,” tambahnya

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.