Wanita UMNO Harap Kerjasama Muslimat PAS

KUALA LUMPUR 28 Jan. – Pergerakan Wanita UMNO Selangor berharap dapat terus menjalin kerjasama dengan Muslimat Pas bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

Ketua Wanita UMNO Selangor, Datuk Rosni Sohar berkata, harapan itu disandarkan menerusi kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam PRK Parlimen Cameron Highlands lalu.

“Komitmen dan usaha yang sangat positif serta inklusif yang telah dilakukan oleh jentera Muslimat Pas sepanjang kempen PRK ini amat dihargai.

“Kerjasama dengan kefahaman dan matlamat yang ikhlas ini telah membuktikan masyarakat akan memilih parti yang mendahulukan kepentingan rakyat mengatasi kepentingan politik,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.