Membina Muafakat Baru, Rakyat Terus Bangkit Dari Jadi Mangsa PH – Annuar


KUALA LUMPUR, 28 Jan – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands memberi kekuatan baru kepada Barisan Nasional (BN) membela rakyat, menjadi pembangkang yang berkesan, menjaga peranan ‘check and balance’ yang utuh dan seterusnya membina wibawa baru yang lebih baik dari Pakatan Harapan (PH).

Tegas beliau, kelompongan semakin membesar dari pemerintahan PH yang semakin rapuh, formula politik yang beracun serta kapasiti pelaksanaan yang cukup ketara lemahnya.

“Rakyatlah yang menjadi mangsa… janji yang tidak tertunai, harapan yang hampa, serta bebanan sara hidup yang terus menekan di samping fabrik sosial sedia ada yang semakin rosak.

“Yang di kejar tak dapat… yang dikendong berciciran…,” katanya merujuk kepada pentadbiran PH.

Sabtu lalu, BN mengekalkan kemenangan di kerusi Parlimen Cameron Highlands apabila calonnya, Ramli Mohd Nor memperoleh 12,038 undi menewaskan calon kitar semula Dap yang mewakili PH dan dua lagi calon Bebas.

“Meskipun ‘topdog’ bertali arus turun ke Tanah Rata dan Jelai, namun kemerosotan sokongan terus berlaku.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ketereh turut melahirkan rasa syukur dan gembira kerana berita kemenangan besar BN ke atas PH dalam PRK Cameron Highlands disambut riang dan penuh kesederhanaan.

“Tiada euphoria melampau atau riak semberono.Kejayaan ini harus disambut dengan rasa kesyukuran yang mendalam dan harus memperkasa keinsafan untuk memperkuatkan lagi iltizam dan semangat perjuangan.

“Kita harus berterima kasih pada rakyat yang mula bangkit dengan berani membina muafakat baru.

“Kita juga harus memberi tabik pada rakyat yang teguh bertahan walau diasak ancaman, tekanan, ugutan, dan kekuatan ‘kuasa pangkat dan kekuatan kerajaan Persekutuan’, namun mereka bertahan dan terus menzahirkan pendirian menolak PH,” katanya menerusi kenyataan yang disiarkan dalam laman media sosialnya.

Ujarnya, sebagai seorang yang terlibat secara langsung dalam merancang dan melaksanakan gerakan serta berada di medan sepanjang tempoh dari pengumuman calon sehinggalah tamat pengiraan undi, banyak yang beliau dapat pelajari.

Berikut adalah temuan beliau dalam PRK ini:

1. UMNO dan BN berani bertindak lebih pragmatik dan di luar kotak..samaada dalam pemilihan calon mahupun cara berkempen
2. Taawun antara BN dan PAS memasuki fasa baru yang semakin mantap dan berkesan
3. Meningkatnya peranan anak muda,dan kembalinya dokongan mereka dalam MUAFAKAT BARU kearah perjuangan rakyat

4. Kekentalan akar umbi umno terbukti dan tidak luntur dan mereka bangkit di segenap penjuru kampong hatta kalangan orang asli di pendalaman

5. Penolakan rakyat terhadap kerajaan PH dominasi DAP… DAP akan menjadi liabliti besar. Suara LKS tak diendahkan, rayuan keluar mengundi untuk selamatkan calon DAP tidak di pedulikan termasuk oleh pengundi Cina

6. Trend yang ketara dari ‘undi awal’ dan undi pos bahawa pegawai awam masih kuat menyokong BN
7. Kaum Cina dan India semakin berani menjarakkan diri dan sokongan mereka dari terus menyokong PH

Dari pemerhatian tersebut, Annuar berkata adalah penting mengambil iktibar dan terus melangkah kehadapan, iaitu:

a. BN tidak harus lalai dengan kemenangan ini, sebaliknya jadikan ia launching pad kearah Membina Muafakat Baru sebagai alternatif lebih baik utk rakyat dlm PRU 15

b. Harus terap budaya tidak malu-malu (malu apa bossku),untuk terus lakukan perubahan, dengan menepati cita rasa rakyat

c. Menukar SOP bekerja sebagai pembangkang berwibawa dan benar-benar berwibawa

d.Mula menggarab dasar baru serta menawarkan ‘new deal’ dan ‘new hope’ bagi mengatasi kerosakan dari “kakistocracy PH”

e. BN harus terus meninggalkan stigma lama, menolak rasuah dan penyelewengan, politik war lord, politik wang serta budaya sombong dan besar diri. Kembali menjadi parti perjuangan dan wadah rakyat. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.