Gagal Pinda Perlembagaan Bukti Kerajaan PH Sangat Rapuh

KUALA LUMPUR 11 April – Kegagalan kerajaan Pakatan Harapan (PH) meminda Perlembagaan Persekutuan untuk mengembalikan status asal Sabah dan Sarawak membuktikan kerajaan berada pada keadaan yang sangat rapuh. Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr. Noraini Ahmad malah beranggapan kegagalan PH memperoleh dua pertiga undi bagi membolehkan pindaan Perlembagaan Persekutuan berlaku jelas telah mencalar maruah kerajaan. Jelas Noraini yang juga Ahli Parlimen […]

» Read more

PAS Sokong UMNO Bubar DUN Johor

JOHOR BAHRU 11 April – PAS Johor menyokong cadangan UMNO negeri untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan. Pesuruhjayanya, Abdullah Husin berkata, PAS Johor yang kini bersama blok pembangkang menyokong langkah Pengerusi UMNO negeri yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Ir Hasni Mohamad untuk menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bagi menyerahkan surat cadangan pembubaran […]

» Read more

Jangan Bertelagah, Henti Buat Bising – Sultan Johor

JOHOR BAHRU 11 April – Sultan Johor bertitah mahu pihak tertentu berhenti membuat bising dan bertelagah mengenai politik sebaliknya tumpukan kepada usaha menjaga negara. Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, Baginda kini berada di luar negara tetapi sentiasa mengikuti perkembangan dalam negara terutama negeri melalui laporan-laporan semua pihak. “Saya mahu pihak tertentu berhenti membuat bising dan bertelagah mengenai politik sebaliknya tumpukan […]

» Read more

Golongan Muda Mampu Lihat Kebenaran – Zahid

SEREMBAN, 11 April – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan kerajaan agar tidak merendah-rendahkan anak muda kerana golongan itu mampu melihat kebenaran. Bekas timbalan perdana menteri itu turut yakin golongan muda akan kembali menyokong Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). “Wahai kerajaan, saya nak ingatkan kamu anak-anak muda terutama berumur 40 tahun ke bawah, kebanyakan mereka menentang […]

» Read more

Ketua Pembangkang Mohon Menghadap Sultan Johor, Minta Bubar DUN

JOHOR BAHRU 10 April – UMNO Johor akan mencadangkan kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan. Pengerusinya yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Ir. Hasni Mohammad berpendapat, cadangan itu merupakan langkah terbaik untuk Johor kerana tiada calon yang layak menjadi Menteri Besar daripada Pakatan Harapan (PH). Menurutnya, jika Johor […]

» Read more

Transformasi Parlimen PH Tak Sampai, Tak Ada Apa Yang Baru Selain Salahkan BN

KUALA LUMPUR, 10 April – Ahli Parlimen Jempol, Datuk Salim Sharif menganggap transformasi Parlimen yang sering diuar-uarkan oleh Pakatan Harapan (PH) dahulu tidak menjadi kenyataan apabila mereka sudah mendapat kuasa. Katanya, apa yang berlaku dalam persidangan di Dewan Rakyat ketika ini seolah-olah menyekat apa-apa sahaja yang nak disampaikan AHLI Parlimen memandangkan masa yang begitu singkat. “Akhir-akhir Ini Dewan rakyat dilihat […]

» Read more

Bukan Salah BN, GPS – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR 10 April – Bukan salah Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) apabila Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019 gagal mendapat sokongan dua pertiga majoriti undi. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, RUU itu secara jelas tidak memberi sebarang signifikan yang berkesan kepada masyarakat Sabah dan Sarawak kerana hanya menggariskan dua kategori negeri-negeri Persekutuan. “Apa […]

» Read more

Pemberian Duit Raya Di DUN Rantau : Semuanya Kebetulan, Rasuah Secara Terang…?

RANTAU, 10 April – Kerana yakin seolah-olah pihak berkuasa yang mengendalikan pilihan raya tidak akan mengambil apa-apa tindakan, kerajaan Pakatan Harapan (PH) dilihat semakin hari semakin angkuh dan bongkak membuat kesalahan demi kesalahan dalam siri kempen pilihan raya. Isu pemberian duit minyak kepada belia Orang Asli di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands hinggalah pemberian hamper dan tawaran baik […]

» Read more

Kegagalan Pinda RUU Cerminkan Kerajaan Lemah, Tiada Perundingan

  REMBAU, 10 April – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan berkata kegagalan pindaaan berkenaan status Sabah dan Sarawak di Parlimen semalam merupakan satu perkara yang amat tidak baik bagi kerajaan semasa. “Itu mencerminkan bahawa kerajaan tersebut lemah kerana sebelum membawa sebarang apa sahaja usul di dalam dewan, sepatutnya telah pun dibincangkan dan diselidik baik-baik serta bertemu […]

» Read more

Ahli Akademik Dikecam, Diugut: PH Mungkir Janji, Di Mana Kebebasan Akademik?

KUALA LUMPUR, 10 April – Pemuda UMNO mengecam Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching yang mengumumkan kementeriannya akan membincangkan kedudukan empat ahli akademik yang terlibat dengan rumusan eksekutif isu Statut Rom kepada Majlis Raja-raja. Menurut Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sikap ahli Parlimen Kulai itu menyerlahkan belang sebenar kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang masih memungkiri janji manifesto Pilihan Raya […]

» Read more
1 2,493 2,494 2,495 2,496 2,497 2,781