Pemberian Duit Raya Di DUN Rantau : Semuanya Kebetulan, Rasuah Secara Terang…?


RANTAU, 10 April – Kerana yakin seolah-olah pihak berkuasa yang mengendalikan pilihan raya tidak akan mengambil apa-apa tindakan, kerajaan Pakatan Harapan (PH) dilihat semakin hari semakin angkuh dan bongkak membuat kesalahan demi kesalahan dalam siri kempen pilihan raya.

Isu pemberian duit minyak kepada belia Orang Asli di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands hinggalah pemberian hamper dan tawaran baik pulih rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih adalah contoh klasik bagaimana PH terus melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Bahkan BERSIH dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dalam siri kempen-kempen PRK, PH paling banyak melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya.

Laporan polis tiada tindakan susulan, dan ironinya pengerusi SPR pernah berkata mereka tiada kuasa untuk mengambil tindakan!

Di PRK Rantau, bukan sahaja majlis jamuan makan diadakan di beberapa kempen ceramah pemimpin PH seperti di Taman Sri Ramai yang kononnya ditaja oleh individu tetapi terkini, penyerahan cek pendahuluan sempena perayaan Hari Raya Aidil Fitri 2019 di d’Tempat Country Club, Bandar Sri Sendayan dilakukan oleh kerajaan Negeri Sembilan.

Persoalan yang timbul, siapakah penerima? Mengapa dibuat di lokasi yang termasuk dalam DUN Rantau? Mengapa dibuat ketika musim PRK Rantau?

Adakah semuanya secara kebetulan? Bagaimana kebetulannya bila Menteri Kewangan, Lim Guan Eng umum Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan dilencongkan ke Negeri Sembilan minggu lalu?

Atau adakah ini dinamakan rasuah secara terang-terangan?

Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dalam Bahagian III Perbuatan Rasuah jelas menunjukkan perbuatan Penjamuan (Seksyen 8) dan Penyogokan (Seksyen 10) adalah perkara yang menyalahi undang-undang dalam kempen pilihan raya.

(c) tiap-tiap orang yang, sebelum, semasa atau selepas sesuatu pilihan raya, secara langsung atau tidak langsung, dengan sendiri atau melalui mana-mana orang lain bagi pihaknya, memberikan apa-apa pemberian, pinjaman, tawaran, janji, pemerdapatan, persetujuan yang disebut terdahulu kepada atau untuk mana-mana orang bagi mendorong orang itu supaya mendapatkan atau berusaha untuk mendapatkan mana-mana orang dipilih, atau untuk mendapatkan undi mana-mana pemilih atau pengundi dalam mana-mana pilihan raya;

Jika disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Sesyen, boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun dan didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima ribu ringgit.

Di manakah duduknya ‘Rule of Law’ versi PH? – Media UMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.