Jangan Bertelagah, Henti Buat Bising – Sultan Johor

JOHOR BAHRU 11 April – Sultan Johor bertitah mahu pihak tertentu berhenti membuat bising dan bertelagah mengenai politik sebaliknya tumpukan kepada usaha menjaga negara.

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, Baginda kini berada di luar negara tetapi sentiasa mengikuti perkembangan dalam negara terutama negeri melalui laporan-laporan semua pihak.

“Saya mahu pihak tertentu berhenti membuat bising dan bertelagah mengenai politik sebaliknya tumpukan kepada usaha menjaga negara.

“Berkenaan Johor, jangan sibuk mencampuri urusan negeri ini kerana negeri yang berdaulat ini masih mempunyai seorang Sultan. Saya akan membuat keputusan yang terbaik demi rakyat saya apabila tiba masanya nanti,” titahnya akaun Facebook rasminya semalam. – UTUSAN ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.