Kegagalan Pinda RUU Cerminkan Kerajaan Lemah, Tiada Perundingan

 

REMBAU, 10 April – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan berkata kegagalan pindaaan berkenaan status Sabah dan Sarawak di Parlimen semalam merupakan satu perkara yang amat tidak baik bagi kerajaan semasa.

“Itu mencerminkan bahawa kerajaan tersebut lemah kerana sebelum membawa sebarang apa sahaja usul di dalam dewan, sepatutnya telah pun dibincangkan dan diselidik baik-baik serta bertemu dengan mereka-mereka yang terlibat dalam pindaan atau RUU tersebut. Semalam jelas parti daripada Sarawak menolak RUU… mengapa mereka tolak kerana RUU tersebut patutnya disokong tetapi kerana ianya tidak mencerminkan manifesto yang mereka janjikan.

“Dalam manifesto yang mereka janjikan Sabah dan Sarawak mereka akan memperkasakan Perjanjian 1963… tetapi apa yang mereka bentangkan semalam di Parlimen cuma memisahkan negeri-negeri Tanah Melayu dan Sabah, Sarawak. Daripada A Tanah Melayu dan BN Sabah serta Sarawak sebagai wilayah. Itu tidak menepati dan tidak memenuhi hasrat dan juga tidak memenuhi apa yang mereka janjikan. MA63 adalah lebih daripada itu iaitu kuasa autonomi kepada Sabah dan Sarawak,” katanya pada sidang media di Command Centre BN, di sini, hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas presiden parti seterusnya menegaskan jika RUU berkenaan baik, Ahli Parlimen daripada Sarawak akan memberikan sokongan.

“RUU tersebut bukannya mencerminkan apa yang dijanjikan dan tidak langsung menyentuh apa-apa dalam MA63 sedangkan menteri yang membentangkan iaitu menteri yang jaga undang-undang adalah VK Liew daripada Sabah. Ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan yang tidak mempedulikan pandangan orang lain.

“Apa yang saya dapat tahu bahawa BN tidak membantah sangat… tetapi diminta dirujuk terlebih dahulu kepada ‘Select Committee’ supaya jawatankuasa Parlimen bincang… untuk bincang secara lebih mendalam lagi… bawa orang-orang Sabah dan Sarawak….

“Gabungan Parti Sarawak (GPS) sendiri tidak menyokong… bincanglah dahulu. Pandangan saya… tidak adanya perundingan awal. Parti-parti Sarawak bukannya parti BN… mereka pun tidak menyokong apa maksudnya. Jadi janganlah  semua sikit-sikit BN… sendiri pening kepala… BN… sendiri mimpi sendiri kata BN punya mimpi. Tidak bolehlah macam itu. Sebab itu saya katakan ‘Stop The Blame Game’… buatlah perangai seperti kerajaan yang ‘credible government’ supaya orang boleh mempercayai kerajaan,” ujarnya. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.