Najib Razak : Fenomena Mampan Atau Bebanan?

Sejak beberapa bulan lalu negara ini dilanda satu fenomena luar biasa yang tidak pernah terjadi dalam sejarah politik negara – FENOMENA NAJIB RAZAK. Dalam masa sekitar sembilan bulan, Perdana Menteri Keenam Malaysia ini, Dato’ Sri Mohd Najib Razak, telah merubah lanskap politik negara. Selepas kalah dan hilang jawatan, dalam sebuah negara yang hampir 70% penduduknya “gila” media sosial, Mohd Najib […]

» Read more

Mohamad Bersedia Hadapi PRK DUN Rantau

PUTRAJAYA 18 Feb. – Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau selepas Mahkamah Persekutuan memutuskan kemenangan beliau pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu terbatal dan tidak sah. Mohamad berkata, beliau menerima dengan hati terbuka keputusan Mahkamah Persekutuan itu. “Saya menghormati keputusan yang dibuat dan saya sudah […]

» Read more

Menteri Publisiti Murahan Sengaja Cetus Provokasi

KUALA LUMPUR, 16 Feb – Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) PRK N24 Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih berjalan dengan lancar pagi tadi namun berlaku insiden yang sebenarnya boleh dielakkan melainkan pihak yang terlibat sengaja mahu mencari publisiti murahan, kata Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Shahril Sufian Hamdan. Katanya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selaku Ketua Armada […]

» Read more

Cakap Tak Serupa Bikin, Harapan Palsu Jadi Penilaian Tolak PH

KUALA LUMPUR, 13 Feb – Ketua Pemuda UMNO Hulu Langat, Mohamad Shahir Mohd Yusof berkata pemimpin Pakatan Harapan (PH) diibaratkan seperti ‘cakap tak serupa bikin’ kerana mereka hanya sekadar berjanji selain memberikan harapan palsu terhadap golongan muda. Jelasnya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 yang lalu, PH menjanjikan bulan dan bintang kepada golongan muda, namun hari ini umumnya rata-rata […]

» Read more

Jadikan PRK Semenyih Referendum Rakyat, Peluang Suarakan Rasa Tak Puas Hati Terhadap PH

SEMENYIH, 10 Feb – Ketua Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menekankan bahawa Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih perlu dijadikan platform terbaik untuk rakyat menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap prestasi Kerajaan Persekutuan pimpinan Pakatan Harapan (PH). Katanya, PRK ini akan dijadikan penanda aras bagi melihat sejauh mana keyakinan rakyat terhadap jalinan […]

» Read more

Janji Tidak Masuk Akal… Apa Pembelaan Kerajaan PH Kepada Masyarakat FELDA?

KUALA LUMPUR, 7 Feb – “Satu janji tidak masuk akal,” ujar Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pengerang Aznan Tamin berkaitan janji Pakatan Harapan (PH) yang kononnya mahu menghapuskan 50 peratus hutang peneroka FELDA. Jelas beliau, mana mungkin janji tersebut dilaksanakan kerana sekiranya harga komoditi kelapa sawit turun dengan mendadak maka ia akan menyebabkan peneroka bertambah sengsara dan susah. “Anda bayangkanlah […]

» Read more

Sultan Abdullah Lafaz Sumpah Jawatan Yang Di-Pertuan Agong Ke-16

KUALA LUMPUR, 31 Jan – Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara, di sini. Turut melafaz sumpah memegang jawatan ialah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong. Baginda berdua dipilih oleh Raja-Raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja […]

» Read more

Jentera BN Diminta Terus Pastikan Pengundi Laksana Tanggungjawab

TANAH RATA, 26 Jan – Jentera Barisan Nasional (BN) diminta untuk terus giat melaksanakan peranan khususnya dalam memastikan pengundi-pengundi melaksanakan tanggungjawabnya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands hari ini. Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah turut hadir melakukan tinjauan kepada petugas BN di Sek Keb Terisu yang menjadi pusat mengundi. Suruhanjaya Pilihan Raya melaporkan sebanyak 15 peratus […]

» Read more

PRK Cameron Highlands: MCA Yakin Masyarakat Cina Kembali Menyokong BN

TANAH RATA, 23 Jan – Ketua Wanita MCA Malaysia, Datuk Heng Seai Kie melahirkan keyakinan yang tinggi bahawa pengundi Cina di Cameron Highlands akan kembali memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN). Jelas beliau ini kerana, mereka berasa kecewa dengan prestasi yang ditunjukkan oleh Pakatan Harapan (PH) selepas sembilan bulan mentadbir negara ini. “Kami MCA telah diamanahkan untuk memulihkan sokongan pengundi […]

» Read more

Keluhan Demi Keluhan Rakyat, Kerajaan PH Perlu Segera Cari Jalan Penyelesaian – Sharkar

KUALA LUMPUR, 23 Jan – Exco Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin mengingatkan kerajaan pusat agar segera mencari jalan penyelesaian terhadap keluhan demi keluhan oleh rakyat pelbagai peringkat kerana mereka hari ini cukup terhimpit dengan apa yang berlaku. Menurut beliau suasana yang sama sekali berubah antara sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu dan selepas negara diterajui oleh […]

» Read more
1 150 151 152 153 154 156