Dakwaan Rantau Tak Ada Pembangunan … Lihat Sendayan Jadi Bukti – Tok Mat

 

REMBAU, 29 Mac – Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden parti, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata dakwaan bahawa tiada pembangunan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau adalah perkara yang ‘very subjektif’.

Beliau yang merupakan calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Rantau menjelaskan di Sendayan pembangunan dapat dilihat yang mana ianya bukan sahaja kawasan kediaman malah kawasan komersil serta perindustrian dan itu adalah pembangunan jelas yang telah wujud di DUN Rantau.

“Banyak syarikat antarabangsa yang telah membuka operasi mereka di Sendayan Tech Valley dan syarikat seperti Safran Group yang membuka satu industri untuk mengeluarkan brake kapal terbang yang menggunakan teknologi ‘carbonized’ dan juga menyelenggara brake kapal terbang sedia ada.

“Ini satu industri yang besar di Sendayan yang mana ada ada tiga sahaja di dunia iaitu di Amerika Syarikat, lagi satu berada di Perancis dan lagi satu di Sendayan. Ada juga syarikat seperti Daihatsu yang telah pun menjalankan kerjasama dengan syarikat Jepun membina atau mengeluarkan enjin dan juga Automatic Transmision Gear di kawasan berkenaan… banyak lagi syarikat-syarikat yang datang.

“Ini jelas dan nyata bahawa cakap-cakap mengatakan tidak ada pembangunan di kawasan Rantau tidak betul. Kita nak jadikan Rantau ini sebagai tempat kediaman sepertimana dalam rancangan pembangunan Negeri Sembilan, kita memang mahu menumpukan kawasan pembangunan di daerah Seremban dan juga Port Dickson. Jadi tidak semua tempat akan kita bangunkan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Terdahulu sebelum itu beliau mengadakan pertemuan dan ramah mesra bersama media di Command Centre BN, di sini.

Tambah Mohamad atau lebih dikenali dengan Tok Mat, pihaknya mahu identiti penghijrahan masyarakat ke bandar itu dapat diperlahankan dengan mengadakan satu keadaan kawasan luar bandar sepertimana Rantau yang ianya amat sesuai dan selesa untuk dijadikan tempat kediaman.

“Apa yang penting kita buat ialah menaiktaraf sistem jalan raya, hubungan awam dan pengangkutan awam supaya mereka yang bekerja di bandar tidak perlu duduk di bandar bahkan orang yang kerja Kuala Lumpur pun duduk di Rantau.

“Itu salah satu sebab saya minta kerjasama Keretapi Tanah Melayu supaya diadakan satu stesen komuter di Sungai Gadot. Dulu tidak ada… kita minta untuk kemudahan awam kepada penduduk di kawasan sekitar khususnya di kawasan Rantau.

“Ini asas dan dasar kita pada ketika itu untuk memperkasakan sistem pengangkutan awam dan juga sistem jaringan jalan raya dan jaringan pengangkutan awam yang lain. Jadi tidak betul dan tidak benar mengatakan bahawa 14 tahun jadi Menteri Besar Rantau tidak ada apa-apa pembangunan. Banyak juga pembangunan baru yang telah pun dijalankan tetapi sepertimana yang saya katakan kita mahu mengawal pembangunan.

“Kita tidak mahu pembangunan dibuat secara berleluasa tetapi ia akhirnya nanti menyebabkan penduduk asal di kawasan-kawasan seperti Rantau ini tertekan dan terpaksa berpindah-randah kerana tekanan pembangunan. Kita mesti pastikan ini jangan berlaku. Kita mahu sesuaikan supaya pembangunan yang berlaku ianya tidak memberi tekanan kepada penduduk setempat,” tambahnya lagi. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.