PRK Rantau: Hadiahkan Kemenangan Hatrik Buat Tok Mat – Khairy

RANTAU, 28 Mac – Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau walaupun berstatus PRK tetapi membawa erti yang sangat besar kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN), ujar Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin. Ini kerana menurutnya, calon PRK DUN Rantau diwakili oleh Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai satu simbol dan lambang kepimpinan parti. “Apabila calon itu (Mohamad) […]

» Read more

Annuar Musa Pengarah Operasi PRK DUN Rantau, Tuduhan Keluarga Tok Mat Bolot Jawatan Satu Fitnah

RANTAU, 26 Mac – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata pelbagai fitnah mula dilontarkan oleh pihak tertentu terhadap calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan dengan pelbagai tohmahan. Menurut beliau fitnah tersebut yang boleh dilihat menerusi media sosial kononnya pelbagai jawatan untuk PRK berkenaan dibolot oleh keluarga Timbalan […]

» Read more

Makan Malam Bersama Presiden PAS

SEREMBAN 24 Mac–Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan bergambar bersama Presiden Pas Dato Seri Hj Abdul Hadi Awang ketika hadir pada Majlis Makan Malam Bersama Presiden Pas di Kompleks PAS Negeri Sembilan, Kg Ismail, Ampangan malam tadi.lider

» Read more

PH Cuba Sekat Momentum Sokongan Rakyat Kepada BN

REMBAU 23 Mac – Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Pakatan Harapan (PH) mahu beliau tewas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau bagi menyekat momentum sokongan rakyat kepada Barisan Nasional (BN). Pengerusi BN itu berkata, selepas kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands dan Semenyih, PH tidak mahu BN mendapat kemenangan ketiga berturut-turut dalam PRK Rantau 13 April nanti. […]

» Read more

Iktibar Krisis Pencemaran Sisa Toksik, Kerajaan Jangan Lambat Bertindak

JOHOR BAHRU, 15 Mac – Kegagalan Kerajaan Negeri Johor yang ditadbir oleh Menteri Besarnya (MB), Datuk Osman Sapian melaksanakan tindakan awal dalam kes pencemaran sisa toksik di Sungai Kim Kim yang akhirnya mengundang krisis di seluruh Pasir Gudang adalah satu iktibar terbaik. Namun begitu, ADUN Layang-Layang, Datuk Onn Hafiz Ghazi melahirkan rasa hairan kerana sehingga kini tiada wakil khas Kerajaan […]

» Read more

Menteri Besar Sambut Baik Kerajaan Campuran BN- Pas Di Perlis

KANGAR 10 Mac – Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man menyambut baik dan bersetuju dengan cadangan mewujudkan kerajaan campuran antara Barisan Nasional (BN) dan Pas di negeri-negeri yang ditadbir kedua-dua parti tersebut. Katanya, kerajaan campuran BN dan Pas merupakan satu cadangan yang positif ke arah mengorak langkah kerjasama antara dua parti terbesar orang Melayu Islam itu. “Jika cadangan mengenai perkara […]

» Read more

Tok Mat Ingatkan PH Hati-hati, Jangan Terlalu Desak Melayu Dan Islam…

SEMENYIH, 28 Feb – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan (Tok Mat) mengingatkan Pakatan Harapan (PH) agar berhati-hati dan jangan terlalu mendesak Melayu dan Islam di negara ini. Jelasnya, sekiranya Islam terus diusik, beliau bimbang kemarahan orang Melayu tidak lagi mampu dikawal. “Jadi saya harap PH hati-hati. Jangan didesak sangat… jangan dihina sangat Islam. Seorang dua bolehlah saya sabarkan […]

» Read more

PRK Rantau: PAS Beri Sokongan Kepada BN

SEREMBAN, 27 Feb – PAS akan meneruskan kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau. Pemangku Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Rafiei Mustapha berkata keputusan itu berdasarkan persefahaman yang dicapai kedua-dua parti sebelum ini untuk saling membantu. “Kemungkinan besar Tok Mat (Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan) sendiri akan pertahankan kerusi itu. […]

» Read more
1 151 152 153 154 155 159