PH Bukan Lagi Harapan Rakyat, Pilih BN Tok Mat – Khairy

 

REMBAU, 31 Mac – Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berkata Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau adalah pilihan raya yang memberi peluang sekali lagi kepada masyarakat khususnya pengundi di DUN berkenaan untuk mengenang segala jasa dan bakti yang telah dicurahkan oleh calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan atau lebih dikenali Tok Mat.

Menurut beliau ‘local success’ atau kejayaan tempatan yang dapat dilihat selama ini di kawasan Rantau menjadi bukti dan sandaran terbaik untuk pengundi membuat pilihan pada hari mengundi nanti .

“Pakatan Harapan (PH) tidak lagi harapan rakyat… harapan rakyat adalah BN. Tok Mat adalah harapan rakyat dan ianya mesti bermula daripada sini dan PRK ini bukan hanya pilihan raya untuk memastikan simbol kepimpinan parti menang  tetapi PRK ini juga adalah jasamu dikenang.

“Saya sebut tadi tidak ada pemimpin lain namanya sinonim dengan kawasan  sepertimana Tok Mat. Bila kita sebut Rantau mesti orang akan ingat Tok Mat dan bila kita cakap Tok Mat tidak ada tempat lain dah mestilah kita sebut Rantau.

“Saya tidak mahu sebut calon lain tetapi kalau ada jasa Tok Mat inilah pula masa untuk kita berjasa semula kepada beliau. Kita pastikan segala jasanya kita balas balik dengan memberikan undi kepada BN pada 13 April nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Mesra Bersama Pemimpin Di Pusat Daerah Mengundi Pekan Saga, di sini, malam tadi.

Turut serta calon BN PRK DUN Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan atau Tok Mat dan Pesuruhjaya PAS Negeri Smebilan, Tuan Rafei Mustapha.

Dengan memberikan contoh kepada penyelesaian tanah, geran, pembinaan infratruktur setempat seperti sekolah dan sebagainya lagi, Khairy yang juga Timbalan Ketua UMNO Rembau seterusnya menambah, Tok Mat adalah seorang pemimpin yang adil.

“Beliau menjadi menteri besar kepada semua kaum… Cina dia tolong, India dia tolong, Melayu dia tolong dan sebagainya lagi. Apa yang Tok Mat tidak buat… daripada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Saga sehingga SJKT Ladang Bertam sekarang ini SJKT Bandar Baru Sendayan, kuil… sekolah Cina, Ladang Shang Hai, geran, tanah dan sebagainya lagi siapa yang selesaikan. Siapa yang buat dan selesaikan masalah ini.

“Kita tengok perancangan Tok Mat untuk Negeri Sembilan bukan sedikit sahaja … yang saya sebutkan tadi ‘local success’ yang dapat dibuat di Rantau. Kawasan Perumahan, masalah tanah, Ladang, penempatan semula sekolah, masjid ini semua kejayaan-kejayaan tempatan di Rantau.

“Tetapi Tok Mat bukan hanya jaguh di Rantau sahaja beliau adalah jaguh menteri besar yang mahu melihat Negeri Sembilan ini menjadi antara negeri yang termaju di Malaysia. Baginya tidak cukup untuk bangunkan Rantau sahaja… kerana mahu bangunkan negeri mesti ada peluang pekerjaan…mesti menjadi sebuah lembah ilmu di Negeri Sembilan… mesti menjadi tempat yang mana pelabur datang. Boleh bina rumah-rumah mampu milik berkualiti tinggi, boleh bina kawasan-kawasan riadah supaya kualiti hidup rakyat Negeri Sembilan naik,” tambahnya.

Tambahnya lagi sebab itulah Negeri Sembilan mempunyai satu visi yang besar Malaysian Vision Valley (MVV) iaitu satu visi yang datang daripada kerajaan negeri sebelum ini dibawah kepimpinan Tok Mat.

“Ini adalah kenyataan… dan kerajaan pusat yang ambil MVV sebagai wawasan untuk peringkat kebangsaan. Ini satu visi yang besar untuk jadikan Negeri Sembilan sebagai pusat kereta Klang Valley sebagai satu kawasan yang sebahagian daripada Lembah Klang untuk menjadi kawasan pembangunan pesat yang juga akan membawa faedah dan keuntungan kepada kawsan rantau, Sendayan limpahan yang dirasai hingga ke Saga ini, sebab itu bila kita undi atau pangkah Tok Mat kita kena ingat ini adalah pemimpin yang ada wawasan besar …,” ujarnya lagi. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.