PRN Johor ‘Latihan’ Terbaik Berdepan PRU – Pemuda BN Segamat

KUALA LUMPUR, 6 Sept – Pemuda Barisan Nasional (BN) Segamat percaya ‘latihan’ yang dilalui pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebelum ini akan menjadi ‘template’ kepada mereka untuk melicinkan lagi persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang khususnya dalam membantu kemenangan parti di parlimen berkenaan. Ketuanya Bastien Onn berkata PRN Johor adalah satu penilaian yang cukup baik bagi […]

» Read more

Presiden UMNO Terima Kunjungan Hormat Delegasi PCOM

KAJANG, 6 Sept – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerima kunjungan Pertubuhan Palestinian Culture Organisation Malaysia (PCOM) yang diketuai Timbalan Ketua Perhubungan Luar Hamas merangkap pegawai kanan Hamas, Osama Hamdan malam tadi. Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) mengadakan pertemuan lebih satu jam yang bermula pada pukul 8 malam. Pertemuan tersebut diadakan di Yayasan Al […]

» Read more

Ini Soal Reputasi Dan Prinsip, UMNO Kedah Masih Menanti Permohonan Maaf SUA Pas

KUALA LUMPUR, 5 Sept – Ketua Komunikasi Barisan Nasional (BN) Negeri Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin menolak sekiranya ada pihak yang menyifatkan isu jemputan ke Muktamar Pas yang berakhir semalam terlalu ‘kecil’ untuk diperbesarkan. Bagi beliau yang juga Timbalan Ketua UMNO Merbok, kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan adalah serius dan tidak dapat diterima. Ini kerana tegasnya […]

» Read more

Semangat Ahli Akar Umbi Kekal Positif, Terus Mara Berdepan PRU- Rizalman

KUALA LUMPUR, 5 Sept – Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar melihat akar umbi bukan sahaja bersemangat malah kekal positif dengan perkembangan politik semasa. Kata beliau ketika merasmikan persidangan tahunan UMNO Cawangan Sri Sabah 3A, Kampung Malaysia Tambahan serta Desa Semarak, Alhamdulillah masing-masing terus komited untuk melangkah ke depan melaksanakan amanah perjuangan parti. “Semalam Tok Man berpeluang […]

» Read more

Sejarah Buktikan UMNO Tetap Kukuh Bertahan, Semakin Mara – Azleen Ambros

KUALA LUMPUR, 5 Sept – Exco Pemuda UMNO Malaysia Noor Azleen Ambros berkata sejarah panjang UMNO telah membuktikan bahawa UMNO dan segala isi perjuangannya tidak sesekali terbelenggu dengan mana-mana individu. Jelasnya, bahkan ada individu yang terpaksa bersandar dan berpaut pada UMNO untuk bertaut dan bergayut pada dahan kuasa. “Sejauh mana pun hebatnya karisma dan pengaruh individu dalam UMNO, bakti dan […]

» Read more

UMNO/BN Sentiasa Santuni Rakyat, Khidmat Bakti Tanpa Kira Latar Belakang – Azhar

  IPOH, 5 Sept – Ketua UMNO Bahagian Beruas, Senator Datuk Dr Azhar Ahmad meluahkan harapan untuk UMNO/Barisan Nasional (BN) mentadbir sepenuhnya negeri Perak selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Katanya ini kerana UMNO/BN sentiasa menyantuni rakyat dengan melakukan kerja khidmat bakti sepanjang masa tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa. “Kalau bercakap keseluruhan negeri Perak UMNO pada PRU-14 menang […]

» Read more

Bahtera UMNO Terus Belayar, Roh Perjuangan Malar Segar

RENTETAN kes yang melibatkan pemimpin UMNO di mahkamah kembali menghangatkan suasana politik tanah air. Dengan gagalnya merayu keputusan kes melibatkan Yang Berhormat (YB) Datuk Seri Najib Tun Razak ianya boleh dianggap kemuncak kepuasan kepada mereka yang berusaha selama ini untuk menjatuhkan ‘Bossku’, juga saat cukup tragis kepada penyokong setia yang bersimpati kepadanya. Kemudian berturutan perbicaraan kes-kes yang melibatkan pemimpin UMNO […]

» Read more

Usah Diputar Belit, Berlagak Suci Dan Mengelirukan Orang Ramai – Suraya

KUALA LUMPUR, 4 Sept – Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Suraya Yaacob menasihatkan Pas agar lebih ikhlas dan bercakap benar kepada rakyat tentang soal jemputan atau kehadiran kepimpinan UMNO ke Muktamar Pas 2022. Tegas beliau usah diputar belit, berlagak suci atau ‘play victim’ dalam soal ini, dan mengelirukan orang ramai mengenai hal sebenar yang berlaku dengan menyalahkan kepimpinan UMNO. Menjelaskan […]

» Read more

UMNO/BN Sentiasa Peka Dengan Pelbagai Kumpulan Masyarakat – Sharkar

TEMERLOH, 4 Sept – Pelbagai pendekatan yang dilaksanakan UMNO/Barisan Nasional (BN) seluruh negara bukan sahaja dilihat tertumpu kepada golongan tertentu sahaja sebaliknya boleh dikatakan menyeluruh merangkumi kepelbagaian peringkat. Golongan dewasa, belia, wanita, baik profesional dan remaja serta pelbagai peringkat lain tentunya tetap menjadi tumpuan parti berkenaan dengan merencana kepelbagain program yang bersesuaian. Di Temerloh, pertandingan PUBG Piala Menteri Besar Pahang […]

» Read more

Terlatih Sentiasa Cakna Rakyat, Akar Umbi UMNO Berbeza Dengan PH – Aminuddin

IPOH, 4 Sept – Ketua UMNO Bahagian Tambun, Datuk Aminuddin Md Hanafiah menjelaskan sepanjang Pakatan Harapan (PH) mentabir selama 22 bulan wakil rakyat mahupun wakil parti itu tidak menyantuni masyarakat dengan sewajarnya khususnya di kawasan ini. Ini berbeza dengan pendekatan dilakukan UMNO/Barisan Nasional (BN) melalui akar umbi yang sentiasa cakna dengan keadaan masyarakat di sekelilingnya dan ini membolehkan rakyat kurang […]

» Read more
1 949 950 951 952 953 2,051