Sejarah Buktikan UMNO Tetap Kukuh Bertahan, Semakin Mara – Azleen Ambros

KUALA LUMPUR, 5 Sept – Exco Pemuda UMNO Malaysia Noor Azleen Ambros berkata sejarah panjang UMNO telah membuktikan bahawa UMNO dan segala isi perjuangannya tidak sesekali terbelenggu dengan mana-mana individu.

Jelasnya, bahkan ada individu yang terpaksa bersandar dan berpaut pada UMNO untuk bertaut dan bergayut pada dahan kuasa.

“Sejauh mana pun hebatnya karisma dan pengaruh individu dalam UMNO, bakti dan jasa yang ditabur hanya telah dimungkinkan kerana dokongan UMNO kepada mereka. Rentetan daripada apa yang berlaku ke atas Datuk Seri Najib, UMNO perlu segera ‘move on’ dan mara.

“Situasi kini menjadikan UMNO tidak punya banyak pilihan dan pilihan yang ada pada UMNO pula sangat terhad. Segala tumpuan dan fokus tidak lain selain untuk menang mutlak dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 15 dan segera ‘move on’ adalah antara pilihan bagi menjamin kemenangan parti.

“Agar UMNO tidak terbelenggu dengan ‘the actual big picture’ yang perlu diberikan fokus dan tumpuan tatkala Datuk Seri Najib Razak  telah buktikan bahawa parti tidak pernah sesekali dijadikan alat atau perisai untuk beliau berlindung apatah lagi membela diri,” katanya menerusi catatan di Facebook.

Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Pasir Gudang menjelaskan UMNO telah buktikan bahawa parti tidak juga sesekali kompromi soal nilai dan integriti dan yang akan memungkinkan segala kepincangan institusi kini, termasuklah penumpuan kuasa berlebihan kepada Peguam Negara dapat diperbaiki.

“Bidang kuasa dan budi bicara Peguam Negara dan Pendakwa Raya perlu dicerai, dan dijadikan janji pembaharuan institusi oleh parti. UMNO berhak untuk bersedih sebagai menzahirkan rasa simpati atas apa yang berlaku kepada Datuk Seri Najib Razak.

“Justeru, sama-samalah kita terus berdoa agar keluarga Datuk Ser Najib Razak  diberi segala kekuatan dan ketabahan untuk berdepan dengan segala dugaan atas ketentuan ke atas beliau,” jelasnya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.