Semangat Ahli Akar Umbi Kekal Positif, Terus Mara Berdepan PRU- Rizalman

KUALA LUMPUR, 5 Sept – Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar melihat akar umbi bukan sahaja bersemangat malah kekal positif dengan perkembangan politik semasa.

Kata beliau ketika merasmikan persidangan tahunan UMNO Cawangan Sri Sabah 3A, Kampung Malaysia Tambahan serta Desa Semarak, Alhamdulillah masing-masing terus komited untuk melangkah ke depan melaksanakan amanah perjuangan parti.

“Semalam Tok Man berpeluang merasmikan Persidangan Tahunan UMNO Cawangan Sri Sabah 3A, UMNo Cawangan Desa Semarak dan UMNO Cawangan Kg. Malaysia Raya.

“Alhamdulillah kehadiran ahli yang cukup baik dan bersemangat. Ahli akar umbi kekal positif atas apa juga kemelut politik yang berlaku diperingkat Nasional,” katanya kepada UMNO Online.

Persidangan UMNO peringkat cawangan terus berlangsung di seluruh negara sehingga 18 September ini.

Rizalman seterusnya menambah tumpuan mereka masing-masig untuk menghadapai pilihan raya umum tidak sedikitpun pudar dengan apa yang berlaku hari ini.

“Tahniah dan terima kasih kepada Ketua UMNO Cawangan Saudara Hassan Yeop, Amir Mohd  dan Zahimi Hamzah. Begitu juga dengan ahli yang lain.

“Kita terus bergerak ke depan dalam satu saf dan satu kekuatan untuk membantu parti mencapai kemenangan, insya-Allah,” ujarnya.- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.