UMNO/BN Sentiasa Peka Dengan Pelbagai Kumpulan Masyarakat – Sharkar

TEMERLOH, 4 Sept – Pelbagai pendekatan yang dilaksanakan UMNO/Barisan Nasional (BN) seluruh negara bukan sahaja dilihat tertumpu kepada golongan tertentu sahaja sebaliknya boleh dikatakan menyeluruh merangkumi kepelbagaian peringkat.

Golongan dewasa, belia, wanita, baik profesional dan remaja serta pelbagai peringkat lain tentunya tetap menjadi tumpuan parti berkenaan dengan merencana kepelbagain program yang bersesuaian.

Di Temerloh, pertandingan PUBG Piala Menteri Besar Pahang peringkat parlimen berkenaan diadakan semalam untuk memilih mereka yang akan mewakili bahagian berkenaan ke pertandingan Piala Menteri Besar negeri itu nanti.

Ketua UMNO bahagian yang juga Penyelaras BN Parlimen berkenaan, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin turut memeriahkan suasana bersama anak-anak muda yang mengambil bahagian dalam program yang diadakan di Dewan Seri Mentakab.

“Kejohanan PUBG Piala MB Pahang, sebanyak 4 pasukan akan mewakili Temerloh ke Pertandingan Akhir di Kuantan. Semoga Team Temerloh berjaya. insya Allah,” katanya menerusi catatan di Facebook.

Tambah Sharkar yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, program berkenaan amat baik dan ianya adalah seiring dengan senario permainan semasa golongan muda dan belia hari ini.- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.