Kerajaan Selangor Terlalu Rakus, 27 Tapak Kuari Baharu Di Hutan Simpan Bukit Lagong

KUALA LUMPUR, 28 Sept – Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Selayang, Shah Zanuriman Nuar Paras Khan mempersoalkan tindakan Kerajaan Negeri Selangor yang dianggap terlalu rakus lantaran pembukaan 27 tapak kuari di Hutan Simpan Bukit Lagong yang boleh mendatangkan bahaya kepada penduduk. Terdahulu semalam pendedahan dari sebuah NGO mengenai 27 kawasan di Hutan Simpan Bukit Lagong yang akan diteroka sebagai kuari […]

» Read more

Majlis Pemulihan Negara Platform Propaganda Politik… Apa Yang Dipulih? – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 28 Sept – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempersoalkan Majlis Pemulihan Negara (MPN) namun sehingga kini apa yang dipulih? Beliau berkata berkaitan hal ini berikutan sekali lagi Tan Sri Mahiaddin Yassin mengadu mengenai keberkesanan MPN yang dipimpinnya dengan kali ini menyalahkan Kerajaan Persekutuan, Kabinet dan Perdana Menteri kerana hanya menjalankan 16 daripada 69 cadangan daripada […]

» Read more

Anwar, Rafizi Dicabar Dedahkan Laporan Forensik Pemilihan PKR – Rahman

KUALA LUMPUR, 28 Sept – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan timbalannya, Rafizi Ramli dicabar untuk mendedahkan laporan forensik pemilihan parti itu baru-baru ini terutama pertandingan yang membabitkan jawatan timbalan presiden parti berkenaan. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan ketika melontarkan cabaran berkenaan berkata difahamkan laporan tersebut dibuat oleh satu badan bebas dan dapatan […]

» Read more

Banjir: Chin Tong Perlu Nasihat Selangor Daripada Kenyataan Tak Berasas Terhadap Johor – Shahril

KUALA LUMPUR, 28 Sept – “Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Johor YB Liew Chin Tong perlu nasihat rakan beliau di Selangor mengenai persediaan menghadapi banjir dari mengeluarkan kenyataan yang tidak berasas terhadap Kerajaan Johor.” Demikian tegas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan berikutan Chin Tong yang mendakwa kerajaan Johor meneruskan ‘budaya berniaga’ apabila menangani isu banjir dan perubahan iklim. “Tidak adil […]

» Read more

Tuduh PM Takut Kepada Presiden… Dap Penghasut, Pengadu Domba – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 28 Sept – Tuduhan yang dibuat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri bahawa beliau takut kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sememangnya menggambarkan bahawa Dap licik, penghasut dan mengadu domba. Ini kerana kata Ahmad Zahid, Perdana Menteri tidak perlu berasa takut berhubung isu Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 kerana musyawarah sentiasa terjalin dan Dap […]

» Read more

Cerita Isu Ekonomi Negara Tak Habis… Shahril Minta Rafizi Lihat Fakta, Data

KUALA LUMPUR, 28 Sept – Tindakan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli yang cuba menggambarkan bahawa ekonomi Malaysia merudum akibat pelabur tidak mahu melabur dan membeli barangan eksport negara adalah tidak benar. Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan berkata, perkara tersebut terjadi akibat soal aliran kewangan yang sememangnya banyak bergerak ke Amerika Syarikat (US) dan seluruh dunia mengalami nasib sama. “Betul, […]

» Read more

Usah Jadikan Kepayahan Rakyat Kempen Politik, PH Tangguk Di Air Keruh – Yahya

JOHOR BAHRU, 28 Sept – Timbalan Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Datuk Yahya Jaafar membidas Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) yang dianggap gemar menangguk di air keruh malah berkata sikap sedemikian perlu dihentikan. Ini berikutan Ahli Parlimen Johor Bahru dari PH-PKR, Akmal Nasir yang menjadikan lawatannya ke rumah penduduk sebagai bahan politik. “Terima kasih YB Akmal Nasir yang sudi melawat […]

» Read more

Tiada Istilah Balas Dendam Bagi UMNO/BN, PH Timbulkan Provokasi Melampau

BAGAN DATUK, 28 Sept – Ketua UMNO Bahagian Teluk Intan, Datuk Mohd Azhar Jamaluddin menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tidak bertanggungjawab yang dilontarkan Pakatan Harapan (PH) dengan sengaja menimbulkan provokasi melampau terhadap pimpinan UMNO/Barisan Nasional (BN). Jelasnya, sewajarnya kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin tersebut terlalu mengikut emosi dan tidak perlu ditimbulkan. “Saya menyangkal sekeras-kerasnya kenyataan tersebut yang tidak bertanggungjawab serta radikal dan […]

» Read more

Muhyiddin Lupa… Sebahagian Besar Masalah Negara Berpunca Dari PN – Khaled

KUALA LUMPUR, 28 Sept – Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin seolah-olah lupa bahawa sebahagian besar masalah yang Kerajaan hadapi sekarang adalah berpunca dari Kerajaan Perikatan Nasional (PN), kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Ini kerana katanya, Muhyiddin berhak mengemukakan segala pandangan dan terpulang kepada Kerajaan untuk mempertimbangkannya. “Beliau berhak mengemukakan segala pandangan terhadap […]

» Read more

Politik Dendam ‘Atok’ 22 Bulan, Siapa Yang Tidak Dizalimi?

BAGAN DATUK, 28 Sept – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berpandangan sifat dendam menjadi pegangan utama individu tertentu bagi memastikan kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Menggelarkan ‘atok’ kepada individu tersebut, beliau berkata setelah mendapat kuasa pelbagai ancaman dibuat kepada pemimpin UMNO/BN demi kepuasan politik. “Apabila kerajaan baharu dibentuk yang kononnya mendapat mandat […]

» Read more
1 914 915 916 917 918 2,033