Istana Negara Dedah Sandiwara Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 13 Okt – “Habis satu Malaysia bergegar kerana seorang manusia yang beriya-iya nak jadi PM (Perdana Menteri). Cukup-cukuplah bersandiwara, fokuslah agenda bantu rakyat yang sedang resah, susah dan gelisah!” Demikian tegas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu hantaran di Facebooknya. Asyraf berkata demikian merujuk kepada kenyataan media yang dikeluarkan oleh Istana Negara […]

» Read more

Mahkamah Arah Pendakwaan Keluarkan Sebahagian Keterangan Pegawai Penyiasat SPRM

KUALA LUMPUR, 13 Okt – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menerima hujahan Ketua Peguam Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Hisham Teh Poh Teik berkenaan bantahan terhadap keterangan bertulis Pegawai Penyiasat (IO) yang secara terus menyatakan Ahmad Zahid telah menerima dan melakukan rasuah sedangkan hanya mahkamah sahaja yang boleh menentukan sama ada sesuatu kesalahan itu dilakukan. Hakim Collin Lawrence […]

» Read more

Tindakan Anwar Tidak Beri Kebaikan Kepada Rakyat, Negara – Reezal

KUALA LUMPUR, 13 Okt – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata usaha Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu mengambil alih kerajaan pada ketika negara berhadapan dengan peningkatan kes pandemik COVID-19 tidak akan memberikan sebarang kebaikan kepada negara dan ekonomi sebaliknya menjadikan rakyat semakin menderita. Katanya, dengan penafian dari ahli-ahli Parlimen UMNO yang dikaitkan […]

» Read more

PKPB/PKPD: Ambil Peluang Moratorium Dan Bantuan Bersasar – Shahril

KUALA LUMPUR, 13 Okt – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan berkata apa jua pandangan berkaitan moratorium, yang jelas ketika ini kerajaan dan institusi perbankan tidak bersedia melaksana moratorium secara pukal. Tetapi pada masa yang sama katanya, perlu diingat bahawa moratorium dan bantuan bersasar sebenarnya sudahpun berjalan. “Terbaru, rujuk laporan berita semalam yang memberi sinar kepada mereka yang terkesan dari […]

» Read more

PKPB Di Selangor, KL, Putrajaya Dilaksana 14-27 Okt

KUALA LUMPUR, 12 Okt – Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berkuat kuasa 12.01 tengah malam 14 Okt hingga 27 Okt ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Menurutnya, keputusan itu dicapai pada Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari […]

» Read more

Dua Kali Anwar Perjudi Keselamatan Rakyat Demi Nafsu Sarakah Jadi PM

KUALA LUMPUR, 12 Okt – Penganalisis politik tempatan, Dr. Mohammad Tawfik Yaakub berkata, sudah dua kali Datuk Seri Anwar Ibrahim memperjudikan masa hadapan dan kehidupan rakyat demi kepentingan politik peribadinya. Ujar beliau, pada tahun 1998, Anwar menghasut rakyat turun ke jalanan tanpa menghiraukan keselamatan rakyat dan kini di kala negara di ancam pandemik COVID-19, sekali lagi Presiden PKR itu tanpa […]

» Read more

Kes Bicara Zahid Hamidi: Soalan Sama Ditanya Pada Saksi Ke-90

KUALA LLUMPUR, 12 Okt – Selepas lebih dua minggu prosiding perbicaraan membabitkan Presiden UMMO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ditangguhkan, kes perbicaraan bersambung hari ini dengan tetap menampilkan saksi pendakwa yang sama iaitu Mejar Mazlina Mazlan. Mazlina adalah saksi ke-90 yang masih belum dilepaskan dan dibebaskan oleh mahkamah yang bersidang di hadapan Hakim Collin […]

» Read more

Jangan Berpolitik Sepanjang Masa, Yang Penting Bela Rakyat – Andy

KUALA LUMPUR, 12 Okt – Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Andi Muhammad Suryady Bandy mengharapkan pimpinan politik di Sabah bersatu hati untuk bekerja sebagai satu pasukan dalam usaha membangunkan negeri. Jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu itu, walaupun Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah sudah berlalu namun kerajaan negeri harus membangunkan ekonomi negeri yang terjejas akibat pandemik COVID-19. […]

» Read more

Politik Mesti Punyai Prinsip – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 12 Okt – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata dalam berpolitik mestilah mempunyai prinsip. Tegas Ahli Parlimen Pontian itu, beliau bukan kaki lompat parti dan tiada kaitan dengan Dap serta PKR. Ahmad berkata demikian merujuk kepada tular grafik rekaan yang memaparkannya sebagai Menteri Kewangan kononnya Kabinet kerajaan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan laporan sebuah […]

» Read more

PKPD Dilaksana Taman Khazanah Indah Dan PPR Mutiara Kasih – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 11 Okt – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bakal berkuat kuasa di Taman Khazanah Indah dan PPR Mutiara Kasih, Lahad Datu, bermula 12.01 tengah malam 13 Okt hingga 26 Okt. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD ini melibatkan 5,452 penduduk di kawasan itu dan Kementerian Kesihatan (KKM) akan melakukan saringan bersasar, terhadap penduduk di kawasan […]

» Read more
1 … 2,031 2,032 2,033 2,034 2,035 … 2,528