Kerajaan Perpaduan Demi Kemakmuran Malaysia – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 24 Nov – Kemelut politik negara berakhir apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10. Sehubungan itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru agar semua rakyat Malaysia terus mendoakan masa depan yang gemilang untuk negara yang tercinta. “Sejarah sedang tercipta di Istana Negara hari ini. Kerajaan Perpaduan demi kestabilan dan kemakmuran Malaysia. […]

» Read more

PBRS Akur Keputusan BN Demi Kepentingan Bentuk Kerajaan Stabil – Arthur

KOTA KINABALU, 24 Nov – Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) akan akur apa sahaja keputusan yang diambil Barisan Nasional (BN) demi kepentingan membentuk kerajaan yang stabil, kata Timbalan Presiden parti Datuk Arthur Joseph Kurup. Bagaimanapun, Ahli Parlimen Pensiangan itu menegaskan apa pun keputusan itu, ia mesti dilakukan melalui saluran yang betul dan diperakui sebagai keputusan BN kerana semua mandat adalah […]

» Read more

RUU Anti Lompat Parti Legasi Besar UMNO/BN Junjung Tinggi Martabat Sistem Demokrasi Negara

KUALA LUMPUR, 24 Nov – Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Selangor, Datuk Rizam Ismail berkata UMNO/Barisan Nasional (BN) memainkan peranan tersendiri dalam mendokong pembaharuan sistem demokrasi negara. Katanya ini termasuk kepentingan penguatkuasaan Akta Anti Lompat Parti bagi menunjang nilai-nilai demokrasi di negara ini khususnya di Selangor. “Pindaan ini adalah selari dengan Seksyen 6, Akta A1663, untuk memastikan keseragaman daripada segi […]

» Read more

Tolak Saranan Yang Agong… Muhyidin Angkuh – Hasmuni

KUALA LUMPUR, 24 Nov – Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Hasmuni Hassan merasa terkejut dengan kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyidin Yassin bahawa beliau menolak saranan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong (YDP) untuk sebuah Kerajaan Perpaduan dibentuk melalui gabungan Pakatan Harapan (PH) dan PN. Dilaporkan, Pengerusi PN itu berkata demikian dalam satu sidang media seusai sesi […]

» Read more

Terus Pelihara Solidariti, Semangat Muafakat Yang Telah Terbina BN – Dr Zambry

KUALA LUMPUR, 24 Nov – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berharap semua pihak untuk terus memelihara solidariti dan semangat muafakat yang telah lama terbina dalam BN. Katanya, ini penting bagi memastikan kesejahteraan dan kerukunan serta toleransi di kalangan parti-parti anggota dan parti-parti bergabung BN. “Ibu pejabat BN mengambil maklum tentang beberapa kenyataan media yang […]

» Read more

MKT UMNO Junjung Titah Agong, Sokong Kerajaan Perpaduan Dibentuk

KUALA LUMPUR, 24 Nov – Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memutuskan untuk menyokong dan menjunjung titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong supaya Barisan Nasional (BN) menyokong dan mengambil bahagian dalam Kerajaan Perpaduan yang bukan diterajui oleh Perikatan Nasional bagi memastikan sebuah Kerajaan yang stabil dan makmur dapat dibentuk. Demikian kenyataan media […]

» Read more

Kepimpinan Parti Akan Buat Keputusan Sebaiknya, Rakyat Mahu Kerajaan Segera – Isham

KUALA LUMPUR, 23 Nov – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Isham Jalil berpandangan bahawa keputusan sebaiknya akan dilakukan oleh kepimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) bagi membuat penilaian berkenaan penentuan pembentukan kerajaan. Bagaimanapun katanya, keputusan BN sebagai pembangkang masih kekal sebagaimana telah diputuskan sebelum ini. “Kita di dalam situasi ditelan mati mak diluah mati bapa tapi apabila sudah sampai masa terpaksa buat […]

» Read more

Pasca PRU15: Perpaduan Pemangkin Utama Pembangunan Negara – Syed Mohd Johan

KUALA LUMPUR, 23 Nov – Perpaduan adalah pemangkin utama kepada pembangunan negara dan sebarang prinsip ekstrim perlu dilontar jauh bagi membentuk sebuah kerajaan yang stabil. Pengarah Komunikasi Pemuda UMNO Malaysia, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata, pasca Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 menyaksikan Malaysia memerlukan kerajaan yang stabil khususnya dalam berhadapan krisis ekonomi yang dijangka akan berlaku tidak […]

» Read more

Jangan Keruhkan Keadaan, Doakan Yang Terbaik Untuk Negara – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 23 Nov – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta semua pihak untuk tidak mengeruhkan keadaan apatah lagi apabila negara sedang berhadapan dengan situasi politik sukar. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Ahmad Zahid turut melampirkan kenyataan media palsu yang telah tular selepas mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) semalam. “Mohon jangan dikeruhkan lagi keadaan. Surat yang […]

» Read more

Jangan Derhaka, Penubuhan Kerajaan Perpaduan Perlu Dijunjung – Dr Akmal Salleh

KUALA LUMPUR, 23 Nov – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Dr Muhamad Akmal Salleh berkata rakyat Malaysia telah menunaikan tanggungjawab apabila memilih parti yang mereka rasakan wajar untuk menjadi kerajaan melalui Pilihan Raya Umum (PRU) 15 yang baharu sahaja selesai. Jelasnya, dalam proses demokrasi ini, untuk pertama kali dalam sejarah, tiada satu pun parti mempunyai bilangan kerusi yang mencukupi […]

» Read more
1 851 852 853 854 855 2,040