Kerajaan Perpaduan Demi Kemakmuran Malaysia – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 24 Nov – Kemelut politik negara berakhir apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

Sehubungan itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru agar semua rakyat Malaysia terus mendoakan masa depan yang gemilang untuk negara yang tercinta.

“Sejarah sedang tercipta di Istana Negara hari ini. Kerajaan Perpaduan demi kestabilan dan kemakmuran Malaysia.

“Kita doakan masa depan lebih gemilang untuk rakyat semua,” katanya yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) dalam hantaran melalui laman Facebooknya, hari ini.

Sebelum itu, kedua-dua pihak dari Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) telah bersetuju dengan titah Baginda melalui Kerajaan Perpaduan Malaysia dimana komposisi kerajaan mempunyai wakil setiap parti yang akan memegang jawatan kanan selepas rundingan dimuktamadkan. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.