Majlis Ulama UMNO Tuntut Kezaliman Ke Atas Palestin Dihentikan, Kembalikan Hak Mereka

KUALA LUMPUR, 9 Okt – Majlis Ulama UMNO Malaysia menuntut agar kezaliman ke atas rakyat Palestin dihentikan dan hak mereka dikembalikan. Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, Majlis Ulama UMNO berkata, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mesti bersidang segera untuk mencari jalan penyelesaian bagi mengembalikan hak rakyat Palestin yang dicabul. “Majlis Ulama UMNO […]

» Read more

Krisis Palestin-Israel: Malaysia Gesa Badan Serantau, Antarabangsa Adakan Sidang Khas – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 9 Okt – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Malaysia akan terus menggesa kesemua badan serantau dan antarabangsa untuk mengadakan sidang atau mesyuarat khas mengenai krisis di antara Palestin-Israel. Tidak hanya ketika adanya insiden berdarah, sebaliknya kata beliau, gesaan sidang khas itu adalah konsisten pada setiap masa dan akan digerakkan di setiap platform, lapangan, […]

» Read more

Rakyat Palestin Perlukan Sokongan, Tengku Adnan Ajak Tolak Penindasan

KUALA LUMPUR, 9 Okt – Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menegaskan bahawa rakyat Palestin perlukan sokongan negara-negara Islam bagi menekan kuasa besar yang menjadikan Regim Zionis sebagai sekutu mereka. Justeru katanya, selaku saudara seagama maka masyarakat setempat perlu bersatu untuk menyokong usaha berterusan rakyat Palestin yang ditindas. “Palestin khususnya Semenanjung Gaza bermandi darah dengan saudara se-Islam kita […]

» Read more

Kerajaan Teruskan PLKN, Kerangka Baharu Perkasa Modal Insan – Mohamad

KUALA LUMPUR, 9 Okt – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan memaklumkan bahawa Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) akan dilaksanakan semula mengikut template atau acuan baharu. Katanya, penting untuk PLKN ini dilaksana kembali dengan penambahbaikkan bagi memperkasa modal insan dalam kalangan generasi muda negara. “Kerajaan memikirkan semula untuk meneruskan PLKN. Jemaah Menteri pada tahun 2021 sudah meluluskan untuk dikaji semula […]

» Read more

Negara-negara Islam Tidak Boleh Lagi Berdiam Diri, Sekadar Kecam Tindakan Rejim Zionis – Khairul Azwan

IPOH, 9 Okt – Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak Khairul Azwan Harun berpandangan negara-negara Islam tidak boleh lagi berdiam diri dan hanya sekadar mengecam tindakan keji dan kejam Rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin. “Sudah tiba masanya bagi negara Islam seperti Saudi Arabia, Iran, Mesir, Turki, Qatar, Indonesia termasuk Malaysia bertindak dan bersama membantu rakyat Palestin secara lebih serius untuk […]

» Read more

Malaysia Tidak Sokong Provokasi Israel, Apartheid Yang Mencengkam Penduduk Palestin – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 9 Okt – Malaysia kekal berpendirian bahawa rakyat Palestin perlu dikembalikan hak membentuk sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara, tegas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Katanya, sebagai negara yang bertunjang kepada prinsip-prinsip kemanusian dan keihsanan, sudah pasti Malaysia tidak menyokong apa jua gerakan atau tindakan yang kesannya […]

» Read more

Aplikasi UMNO Bersama Rakyat Tanpa Noktah… Perjuangan Untuk Implikasi Masa Hadapan – Sharif Musa

LAHAD DATU, 9 Okt – UMNO Bahagian Lahad Datu sedar bahawa setiap tindak tanduk berkepentingan ada implikasi kepada masa depan, namun perjuangan sebenar adalah aplikasi untuk sentiasa berkhidmat kepada rakyat. Demikian tegas Ketua UMNO Bahagiannya, Sharif Musa Sharif Mabul yang terus memimpin gerak kerja berpasukan dalam semangat kekeluargaan sebagai usaha kesinambungan perjuangan UMNO. Jelasnya, UMNO tidak pernah kekurangan pemimpin malah […]

» Read more

Azalina Tegaskan Kerajaan Kekal Komited Laksana Reformasi Institusi, Pengasingan Peranan Peguam Negara

KUALA LUMPUR, 9 Okt – Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said menegaskan bahawa kerajaan pada hari ini kekal komited dalam usaha reformasi institusi yang melibatkan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya. Katanya, sejurus dilantik sebagai anggota pentadbiran, beliau telah mempengerusikan mesyuarat berkenaan dengan usaha pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya […]

» Read more

Peruntukan RM18 Juta Dari Kerajaan Pusat Tolak Dakwaan Ahli Parlimen BN Gagal Bawa Pembangunan – Bung Moktar

KINABATANGAN, 9 Okt – Kerajaan Pusat melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah memperuntukkan sebanyak RM18 juta untuk kawasan Parlimen Kinabatangan tahun ini, bagi meningkatkan dan menyediakan kemudahan infrastruktur di kawasan tersebut. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Sabah merangkap Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata peruntukan itu bagi menaik taraf jalan gravel ke jalan konkrit yang […]

» Read more

Jelajah Akar Umbi Bersama Presiden, Ahmad Zahid Santuni UMNO Sabak Bernam

SABAK BERNAM, 8 Okt – UMNO Bahagian Sabak Bernam menjadi lokasi seterusnya untuk Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam Jelajah Akar Umbi Presiden UMNO. Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri dalam ucapannya menyeru jentera parti untuk bersama dalam memperkukuh parti keramat bagi meneruskan perjuangan dalam membela nasib rakyat. Pertemuan itu diadakan secara santai bagi memperkukuh perpaduan […]

» Read more
1 585 586 587 588 589 2,038