Jelajah Akar Umbi Bersama Presiden, Ahmad Zahid Santuni UMNO Sabak Bernam

SABAK BERNAM, 8 Okt – UMNO Bahagian Sabak Bernam menjadi lokasi seterusnya untuk Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam Jelajah Akar Umbi Presiden UMNO.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri dalam ucapannya menyeru jentera parti untuk bersama dalam memperkukuh parti keramat bagi meneruskan perjuangan dalam membela nasib rakyat.

Pertemuan itu diadakan secara santai bagi memperkukuh perpaduan dalam kalangan akar umbi setelah melalui pelbagai cabaran dan bersedia untuk meneruskan perjuangan.

Ahmad Zahid dalam pada itu percaya bahawa Sabak Bernam mempunyai potensi tersendiri terutama bagi merampas kembali kerusi Parlimen ini bagi pilihan raya akan datang.

Beliau juga turut sama mengambil kesempatan beramah mesra dengan akar umbi bahagian itu sambil bergambar sebagai kenangan.

Sabak Bernam merupakan destinasi ketiga beliau dalam jelajah tersebut selepas UMNO Bahagian Putrajaya yang diadakan minggu lalu dan Parit pada semalam.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin; Ketua UMNO Bahagian Sabak Bernam, Datuk Rizam Ismail dan kepimpinan lain. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.