UMNO Pahang Kecam Kenyataan Biadab Yeo Bee Yin

KUANTAN, 23 Dis – UMNO Pahang mengecam sekeras-kerasnya kenyataan biadab Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin, yang secara terbuka meraikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berkaitan isu Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak. Pengerusinya Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sikap tersebut bukan sahaja tidak wajar, malah mencerminkan keangkuhan politik serta ketandusan adab dan sensitiviti yang menyentuh perasaan […]

» Read more

Jangan Jadi ‘Kaduk Naik Junjung’… Dinamika Politik Ada Pada UMNO

KUALA LUMPUR, 22 Dis – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid mengingatkan para pemimpin Dap untuk tidak menjadi seperti kata pepatah ‘kaduk naik junjung’. Ini kerana katanya, tidak wajar untuk meraikan sesuatu yang tidak perlu diraikan apatah lagi apabila ia berhubung keputusan mahkamah mengenai Titah Adendum bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. “Kepada pemimpin Dap, […]

» Read more

Keadilan Adalah Proses Perundangan, Bukan Bahan Pesta Atau Menyindir

KUALA LUMPUR, 22 Dis – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias membidas tindakan Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin yang disifatkan sebagai tidak sensitif dan mencerminkan sikap tidak matang dalam berpolitik. Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Jelebu berkata kenyataan Bee Yin berhubung keputusan mahkamah melibatkan Datuk Seri Najib Razak amat dikesali, lebih-lebih lagi ketika semua […]

» Read more

Kes Najib Razak: Sindiran Rakan Kerajaan Perpaduan Tidak Sepatutnya Berlaku

KUALA LUMPUR, 22 Dis – Tindakan sesetengah rakan dalam Kerajaan Perpaduan menyindir perjuangan UMNO berhubung Titah Adendum bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak sepatutnya berlaku, tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir. Ujarnya, keputusan mahkamah pada Isnin berkaitan usaha untuk membolehkan Najib menjalani hukuman di rumah menjadi titik duka kepada setiap ahli […]

» Read more

Kes Titah Adendum: Dr Asyraf Ingatkan Yeo Bee Yin Jangan Kurang Ajar

KUALA LUMPUR, 22 Dis – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan Setiausaha Publisiti Kebangsaan Dap, Yeo Bee Yin untuk tidak mengeluarkan kenyataan kurang ajar berhubung kes mahkamah isu Titah Adendum bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Menerusi hantaran di laman Facebooknya Dr Asyraf berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Puchong itu berhubung isu tersebut adalah […]

» Read more

Hormat Undang-undang, Bukan Sorak Keputusan Mahkamah

JOHOR BAHRU, 22 Dis – Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Mohd Hairi Mad Shah membidas tindakan segelintir pemimpin Dap yang secara terbuka bersorak, bergembira dan meraikan keputusan Mahkamah melibatkan Datuk Seri Najib Razak hari ini. Beliau berkata perbuatan tersebut bukan sahaja biadap, tidak berperikemanusiaan malah memperlihatkan politik dendam murahan yang tidak mencerminkan kematangan, empati dan adab seorang pemimpin dalam […]

» Read more

“Jangan Simbah Minyak Pada Api Yang Sedang Marak” – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 22 Dis – “Jangan menyimbah minyak pada api yang sedang marak.” Demikian tegas Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam satu hantaran ringkas di platform Facebook. Status tersebut dipercayai merujuk hantaran daripada beberapa pemimpin parti lain yang meraikan keputusan Mahkamah Tinggi hari ini yang menolak permohonan semakan kehakiman Datuk Seri Mohd Najib Razak berhubung titah adendum, […]

» Read more

‘Beramah Mesra Dengan Rakyat, Terus Berbakti Kepada Komuniti’

KUALA LUMPUR, 22 Dis – Ketua UMNO Bahagian Arau, Datuk Rozabil Abd Rahman meneruskan politik khidmat bakti buat penduduk di kawasan dengan menyantuni rakyat melalui program-program yang dihadiri serta pertemuan secara santai. Menerusi perkongsian di Facebook, beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perlis berbesar hati menghadiri beberapa kenduri yang diadakan di kawasan. “Saya menghadiri kenduri sekitar Parlimen Arau. […]

» Read more

Pulang Ke Gerik… Dekati, Santuni Rakyat Tidak Kira Latar Belakang – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 22 Dis – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki telah turun padang untuk mendekati dan menyantuni rakyat Gerik tanpa mengira latar belakang pada hujung minggu lalu. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Dr Asyraf memaklumkan beliau telah menghadiri sembilan buah kenduri di sekitar kawasan itu pada Sabtu. “Berpeluang menghadiri sembilan kenduri di sekitar Gerik. Suasananya cukup santai […]

» Read more

Mohamad Hasan Turun Padang, Terus Santuni Rakyat Rembau

KUALA LUMPUR, 22 Dis – Kesibukan menggalas tanggungjawab sebagai Menteri Luar tidak membatas Datuk Seri Mohamad Hasan untuk turun padang ke Rembau bagi menyantuni rakyat di kawasan. Bersempena cuti persekolahan yang sudah bermula, Ahli Parlimen Rembau itu berbesar hati menyempurnakan Program Khatan Beramai-Ramai yang diadakan di dua lokasi iaitu Balairaya Taman Projek Perumahan Rakyat (PPR) Baiduri dan Taman Senawang Perdana. […]

» Read more
1 328 329 330 331 332 2,528