PPBM & Armada Johor Umpama “Tin Kosong”, Pemuda UMNO Tegur Tindakan Politik Sensasi

ISKANDAR PUTERI, 25 Nov – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Iskandar Puteri, Farkhan Haron, menegur tindakan PPBM dan Armada Johor yang cuba mencetuskan persepsi negatif terhadap kerajaan negeri berhubung isu pertukaran kenderaan rasmi dan Belanjawan Johor 2026. Beliau menyifatkan serangan itu sebagai tidak berasas dan sekadar politik sensasi yang gagal menggambarkan fakta sebenar pentadbiran kerajaan negeri. “Pertukaran kenderaan rasmi bukan […]

» Read more

PRN Sabah: 58 Pusat Undi Awal Dibuka

KOTA KINABALU, 25 Nov – Semua 58 pusat pengundian awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 dibuka serentak tepat pada 8 pagi ini, membuka ruang kepada 24,426 pengundi awal untuk melaksanakan tanggungjawab mereka. Daripada jumlah tersebut, seramai 11,697 pengundi terdiri daripada anggota tentera dan pasangan manakala 12,729 lagi merupakan anggota polis serta pasangan. Bagi pengundian awal yang melibatkan anggota […]

» Read more

PRN Sabah: Gunakan Peluang Undi Awal Tentu Hala Tuju Sabah – Bung Moktar

KOTA KINABALU, 25 Nov – Barisan Nasional (BN) Sabah menyeru semua pengundi awal di negeri itu agar memanfaatkan peluang mengundi esok bagi menentukan hala tuju serta masa depan Sabah. Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata undi awal mempunyai nilai yang sama seperti undi pada hari pengundian 29 Nov bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17. Beliau berkata […]

» Read more

Rakyat Beri Reaksi Positif Kepada BN, Mohamad Seru Jentera Perkemas Gerak Kerja

KOTA BELUD, 24 Nov – Kempen Barisan Nasional (BN) sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17 ini menerima sambutan yang baik dan positif daripada pengundi, kata Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan. Menurut Menteri Luar Negeri itu, ini berdasarkan reaksi pengundi yang ditemui baik ketika melakukan ziarah kasih, pertemuan secara langsung dan juga melalui kajian sikap yang dijalankan oleh […]

» Read more

Warisan, GRS Sudah Diberi Peluang… Hanya BN Bawa Pembangunan, Kemajuan Sabah

SEPANGGAR, 24 Nov – Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Mohd Hairi Mad Shah berkata parti Warisan dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah diberi peluang mentadbir Sabah tetapi tidak dapat menandingi rekod Barisan Nasional (BN) dalam membangunkan negeri. Menurut Exco Kerajaan Negeri Johor itu, BN telah lama dikenali dengan khidmat bakti dan ini termasuk pembangunan infrastruktur dan kemajuan negeri Sabah […]

» Read more

Monopoli Syarikat Kurier Beri Impak Kepada Kualiti Perkhidmatan

KUALA LUMPUR, 24 Nov – Ahli Parlimen Jempol, Datuk Shamsulkahar Mohd Deli meluahkan kebimbangan dengan isu ‘masking’ yang semakin menjadi amalan sesetengah platform e-dagang, iaitu pembeli tidak diberikan pilihan untuk memilih syarikat kurier yang mereka inginkan. Menurut beliau ini kerana platform e-dagang menyembunyikan identiti kurier dan menetapkan penghantaran kepada satu syarikat sahaja secara eksklusif. “Masking ini secara tidak langsung mengunci […]

» Read more

Manifesto BN Angkat TVET Sabah, Beri Peluang Kerjaya Anak Muda – Shah Zanuriman

LAHAD DATU, 24 Nov – Manifesto Barisan Nasional (BN) yang dilancarkan baru-baru ini diyakini mampu memberi suntikan baharu kepada pembangunan modal insan di Sabah, khususnya golongan anak muda yang mendambakan peluang pendidikan, latihan serta kerjaya. Exco Pemuda UMNO, Shah Zanuriman Nuar Paras Khan berkata, manifesto tersebut dirangka secara komprehensif bagi memastikan setiap lapisan masyarakat mendapat manfaat, termasuk mereka yang ingin […]

» Read more

Kes Penipuan Dalam Talian Meningkat, Kempen Kesedaran Wajar Dipergiat

KUALA LUMPUR, 24 Nov – Ahli Parlimen Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa meluahkan kebimbangan dengan peningkatan kes penipuan dalam talian. Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Tampin berkata ini kerana sebanyak 47,854 kes telah direkodkan setakat September 2025 dengan jumlah kerugian mencecah RM1.919 bilion iaitu meningkat lebih 12,000 kes berbanding tahun lalu. “Masyarakat di Tampin juga tidak terkecuali daripada […]

» Read more

Masih Awal Untuk Tentukan Kerjasama Politik Jika BN Gagal Bentuk Kerajaan – Johari

JOHOR BAHRU, 24 Nov – Masih terlalu awal untuk Barisan Nasional (BN) menentukan sebarang kerjasama gabungan politik sekiranya parti itu tidak berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17. Naib Presiden UMNO Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata perkara itu hanya akan diketahui apabila PRN Sabah selesai pada 29 Nov ini. “Lambat lagi (untuk tentukan kerjasama gabungan politik), […]

» Read more

NAIO Perlu Dimanfaat Untuk Urus Risiko Bencana Alam

KUALA LUMPUR, 24 Nov — Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah hari ini membangkitkan persoalan mengenai peranan Pejabat Kecerdasan Buatan (AI) Kebangsaan (NAIO) dalam sistem pengurusan bencana alam. Beliau yang juga Pengerusi Backbenchers berkata, ia bagi memanfaatkan teknologi AI untuk memperkukuh sistem pengurusan dan pengurangan risiko bencana. “NAIO ini perlu memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan keupayaan negara dalam […]

» Read more
1 327 328 329 330 331 2,488