Manipulasi Hutang Negara Wujudkan Persepsi Buruk, Taktik Gagal Tunai Janji Manifesto – Khaled

KUALA LUMPUR, 5 Julai – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Khaled Nordin membidas Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang sebenarnya tidak memberikan gambaran tepat dan adil tentang kedudukan hutang negara dan risikonya. Katanya, perkara terbabit boleh dinilai dalam beberapa sudut dengan yang pertama naratif hutang negara yang kerap dibentangkan oleh Menteri Kewangan tidak menggambarkan keadaan ekonomi negara yang menyeluruh. “Gambaran tentang […]

» Read more

UMNO Wujudkan Tiga Badan Bertindak Parti – Zahid

KUALA LUMPUR, 4 Julai – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Datuk Seri Azalina Othman Said telah dilantik untuk mengetuai badan bertindak penyelidikan dan perundangan UMNO. Menurut beliau UMNO kini harus memandang serius dalam soal penyelidikan bukan hanya soal politik semata-mata tetapi juga isu-isu yang berkaitan dengan […]

» Read more

UMNO Bidas Stesyen TV Jadikan Prinsip ‘Subjudice’ Tidak Dihormati

KUALA LUMPUR, 4 Julai – Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Seri Dr Mohd Puad Zarkashi melahirkan rasa kesal dengan perbuatan perbuatan stesyen televisyen Astro Awani kerana menerbitkan satu program yang bertajuk ‘Najib Didakwa’. Diskusi tersebut menyentuh fakta-fakta dan butir-butir kes serta pertuduhan-pertuduhan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Katanya, perbuatan rangkaian TV ini mengupas, menyentuh, membayangkan […]

» Read more

30 Akujanji Calon Presiden UMNO Akan Dikaji Dan Diteliti Untuk Dilaksanakan – Zahid

KUALA LUMPUR, 4 Julai – Mesyuarat barisan kepimpinan Majlis Tertinggi UMNO yang baru yang dipengerusikan buat kali pertama oleh Presiden UMNO yang baru, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah membincangkan beberapa perkara termasuk soal-soal manifesto calon-calon presiden yang bertanding dalam pemilihan UMNO yang lepas. Menurut Zahid, sebanyak 30 akujanji yang dibuat oleh dirinya sendiri, termasuk Khairy Jamaluddin dan Tengku […]

» Read more

Najib Yakin Dapat Bersih Nama Melalui Proses Keadilan

KUALA LUMPUR, 4 Julai – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dakwaan terhadapnya sudah dijangka dan yakin akan dapat membersihkan namanya menerusi proses keadilan. “Saya tidak bersalah. Ini merupakan peluang terbaik untuk saya membersihkan nama saya setelah ditohmah dan dituduh,” katanya. Katanya beliau turut menghormati keputusan hakim yang mengeluarkan perintah larangan supaya tidak boleh bercakap lebih tentang […]

» Read more

Apa Hak Pasukan Khas Siasatan 1MDB Dedah Maklumat Penahanan, Pendakwaan Najib?

KUALA LUMPUR, 4 Julai – Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Mohd Puad Zarkashi mempertikaikan hak pasukan Khas Siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MBD) yang diketuai oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail dalam mendedahkan maklumat tentang penahanan dan pendakwaan terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Jelas beliau, hanya pihak polis ataupun SPRM yang […]

» Read more

Jangan Aibkan Najib – Ketua Pemuda UMNO

KUALA LUMPUR, 4 Julai – Jangan aibkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum beliau dibuktikan bersalah, kata Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Beliau yang tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi memberikan sokongan kepada Anggota Parlimen Pekan itu berkata, selama ini Najib hanya diadili di mahkamah media dan bukannya mahkamah sebenar. “Biar mahkamah jalankan […]

» Read more

Najib Didakwa Atas Tiga Tuduhan Pecah Amanah, Satu Tuduhan Salah Guna Kuasa

KUALA LUMPUR, 4 Julai – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tiga pertuduhan melakukan pecah amanah dan satu pertuduhan menyalahguna jawatannya berhubung dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM84 juta. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Najib selepas keempat-empat pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin. Bagi pertuduhan […]

» Read more

Inilah Dugaan Dunia.. Saya Akan Hadapi Dugaan Dengan Tabah – Najib

KUALA LUMPUR, 4 Julai  – Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerima kenyataan bahawa penahanannya hari ini sebagai dugaan dunia. Sambil memohon maaf kepada rakyat Malaysia, bekas presiden UMNO itu berkata beliau akan menghadapi segala yang berlaku ke atasnya dengan tabah. Ini luahan isi beliau: Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Rakyat Malaysia yang dikasihi sekiranya saudara saudari mendengar mesej ini maknanya […]

» Read more

Dakwaan Gubal Wang Haram Jelas Isu RM2.6 Bilion Hanya Sekadar Tuduhan

KUALA LUMPUR, 4 Julai – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, tindakan kerajaan yang ingin mendakwa beliau di atas sepuluh kesalahan penggubalan wang haram membuktikan isu RM2.6 bilion yang kononnya diseleweng oleh beliau hanyalah sekadar satu tuduhan tanpa bukti yang kukuh. Menurut kenyataan Najib di ruangan entri facebook rasminya, selama ini rakyat disajikan kononnya beliau mencuri dana […]

» Read more
1 2,418 2,419 2,420 2,421 2,422 2,431