Ambil Alih Tol, Manfaat Kepada Rakyat?

ADAKAH cadangan pengambilalihan empat lebuhraya bertol sekitar Kuala Lumpur sebanyak RM6.2 bilion bermanfaat kepada rakyat? Jawapannya ialah Ya dan Tidak. Adakah masuk akal kerajaan Pakatan Harapan (PH) membelanjakan RM6.3 bilion untuk memberi penjimat kepada rakyat sebanyak RM180 juta setahun? Selama ini rakyat disogokkan dengan berita yang kerajaan menanggung hutang yang terlalu tinggi tetapi cadangan ini, kerajaan PH akan terus berhutang […]

» Read more

Blok Pembangkang Cadang Rakyat 18 Tahun Layak Secara Automatik Sebagai Pemilih, Calon Pilihan Raya

KUALA LUMPUR, 3 Julai – Blok Pembangkang yang terdiri daripada parti Barisan Nasional (BN), PAS dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) bersepakat untuk mengemukakan usul persendirian bahawa rakyat yang berumur 18 tahun layak secara automatik sebagai pemilih dan calon pilihan raya, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Ini kerana katanya, selaras dengan hasrat pembangkang mengiktiraf sumbangan golongan muda dalam […]

» Read more

Patriot! “Takkan Masa Itu Ianya Kerajaan Dap Yang Melawan Komunis?” Soal Najib

KUALA LUMPUR, 3 Julai – Bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menempelak sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Patriot yang memutar-belit ucapannya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jeli pada hujung minggu lalu. Bidas Najib dalam Facebook, Patriot menggunakan sebaris ayat yang disalahertikan dari ucapannya untuk mengecamnya. “Semangat perjuangan dan semangat melawan itu banyak makna. Tak bermaksud […]

» Read more

Isu Rakyat Lebih Penting, Fokus Utama Untuk Perpaduan – Ismail Sabri

  KUALA LUMPUR, 3 Julai – Ketua Pembangkang Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata isu rakyat dan perpaduan parti lebih penting daripada mempersoalkan kembalinya Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata, semenjak Ahmad Zahid kembali ada pihak yang tidak berpuas hati tapi yang pentingnya adalah majoriti menerima dengan baik dan yang lebih penting lagi bagi UMNO adalah […]

» Read more

Kerjasama UMNO-PAS Perintis Gagasan Yang Lebih Luas Untuk Selamatkan Rakyat

  KUALA LUMPUR, 3 Julai – Kerjasama yang diusahakan antara UMNO dan PAS merupakan permulaan kepada satu gagasan yang lebih besar selepas ini dalam usaha menyelamatkan negara dan rakyat daripada pelbagai permasalahan yang berlaku. Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata bentuk dan kerangka kerjasama itu akan dilakukan secara bersama dalam uasha menggerakkan rakyat, masyarakat, parti-parti politik di semenanjung, […]

» Read more

Saya Bertanya Soalan Bagi Pihak Rakyat, Tapi… – Tajuddin

  KUALA LUMPUR 3 Julai – Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menegaskan akan terus hadir ke persidangan Dewan Rakyat walaupun telah digantung empat hari bermula hari ini kerana beliau mewakili rakyat. Katanya, beliau tidak peduli dengan keputusan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming malah menyifatkan keputusan itu belum dikuatkuasakan. “Dia nak gantung gantunglah, gantung […]

» Read more

Barisan Kabinet PH Gagal, Masih Terus Terbawa Sikap Lama

KUALA LUMPUR, 3 Julai – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berpandangan hanya Perdana Menteri (PM), Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat agak peka dengan senario ekonomi negara dan ianya boleh dianggap sebagai satu kesilapan yang cukup besar sedangkan sebenarnya kabinet turut sama-sama bertanggungjawab. Menurut beliau setiap kementerian boleh memainkan peranan mereka masing-masing dalam usaha memastikan penguncupan ekonomi yang berlaku […]

» Read more

Menteri PH Enggan Jawab Soalan, Tajuddin Pula Diarah Keluar Dewan

KUALA LUMPUR 3 Julai – Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) diarahkan keluar daripada sesi sidang Dewan Rakyat hari ini ekoran meminta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub menjawab soalan. Hal itu bermula apabila Tajuddin tidak berpuas hati mengapa Salahuddin tidak menunggu untuk menjawab soalannya mengenai Program Tanaman Kontan, tetapi mewakilkan Timbalan Menteri, Sim Tze Tzin […]

» Read more

Rakyat Hanya Tanya, Minta Siasat… Menteri ‘Melompat’ Ugut Saman?

KUALA LUMPUR, 3 Julai – Isu pencemaran udara yang kronik di Pasir Gudang hingga melibatkan nyawa penduduk bukanlah isu politik tetapi ia adalah soal kebertanggungjawaban kerajaan dan soal keselamatan masyarakat awam, tegas Presiden Sukarelawan Malaysia, Isham Jalil. Bidasnya dalam satu hantaran di Facebook, kerajaan Pakatan Harapan (PH) seharusnya melaksanakan tugas menyelesaikan masalah dengan sebaiknya dan bukan hanya mahu mengugut rakyat […]

» Read more

Annuar Ingatkan Tiga Perkara Utama Untuk Ahli Perkukuh UMNO

  KUALA LUMPUR, 3 Julai – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa mengingatkan tiga perkara utama kepada seluruh ahli parti agar sama-sama dihayati dalam usaha meneruskan perjuangan bersama UMNO hari ini. “Pertama kalau kita seorang pejuang, bina ketahanan diri. Kalau kita seorang pengikut biasa nak cari projek, nak cari pangkat, nak jadi wakil rakyat dan sebagainya kalau itu sahaja […]

» Read more
1 2,198 2,199 2,200 2,201 2,202 2,441