Perintah Kawalan Pergerakan: Khidmat Tentera Akan Digunakan Bermula Ahad

PUTRAJAYA, 20 Mac – Khidmat tentera akan mula digerakkan Ahad ini bagi membantu polis memantau pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan untuk memastikan rakyat berada di rumah masing-masing, dalam usaha membendung penularan kes COVID-19. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan yakin dengan bantuan kawalan daripada pihak tentera, perintah itu akan dapat dilaksanakan dengan lebih baik. “Kita harap […]

» Read more

COVID-19: Lebih Banyak Bank Tampil Beri Kelegaan Sementara – Shahril

KUALA LUMPUR, 20 Mac – Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan memuji langkah institusi kewangan yang tampil menawarkan moratorium atau penangguhan sementara bayaran semula pinjaman bagi meringankan beban individu, syarikat korporat atau perniagaan yang terjejas akibat wabak Covid-19. Menurut beliau berkuatkuasa semalam dan kelmarin, lima buah lagi institusi perbankan tampil menawarkan kelegaan sementara (temporary relief) dalam bentuk moratorium bayaran balik pinjaman […]

» Read more

COVID-19: Barisan Kepimpinan Menteri UMNO Terus Mengorak Langkah

KUALA LUMPUR, 20 Mac – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah melahirkan rasa syukur atas kepimpinan menteri-menteri UMNO yang mengorak langkah dalam mendepani bencana COVID-19. “Syukur Alhamdulilah, barisan kepimpinan menteri UMNO mengorak langkah dalam menghadapi bencana Coronavirus. This is how we do it,” katanya. Beliau berkata demikian ekoran berita yang disampaikan oleh Menteri Luar, Datuk Seri […]

» Read more

COVID-19: Terima Kasih… Presiden UMNO Hargai Kementerian Prihatin Masalah Rakyat

KUALA LUMPUR, 19 Mac – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan ucapan penghargaan dan berterima kasih kepada Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah yang memaklumkan bahawa kerajaan akan menanggung kos pemberian diskaun bil elektrik sebanyak RM662 juta berikutan kesan penularan wabak COVID-19. “Terima kasih Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah. Kerajaan bersetuju untuk memberi […]

» Read more

Patuhilah Perintah Kawalan Pergerakan… Kerajaan Lakukan Demi Keselamatan, Nyawa Rakyat – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 19 Mac – Menteri Kanan yang juga Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru rakyat agar lebih patuh terhadap penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan. Tegas Naib Presiden UMNO itu, apa yang dilakukan oleh kerajaan tidak lain dari semata-mata untuk menjaga keselamatan dan nyawa rakyat. “Hari ini hari kedua selepas pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan, keadaan sedikit tenang. “Namun masih […]

» Read more

COVID-19: Kerajaan Akan Tanggung Kos Diskaun Elektrik – Dr Shamsul Anuar

KUALA LUMPUR, 19 Mac – Kerajaan akan menanggung kos pemberian diskaun bil elektrik sebanyak RM662 juta, yang mana kos diskaun bagi negeri Sarawak berjumlah RM122.5 juta dan Sabah RM37.5 juta, kata Menteri Tenaga dan Sumber Manusia, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah. Kos ini akan ditampung oleh kerajaan melalui dana Kumpulan Wang Industri Elektrik bagi Semenanjung, manakala bagi Sabah dan Sarawak […]

» Read more

Saringan Kesihatan: Khaled Gesa Kerajaan, Agensi Penguatkuasa Perlu Lebih Tegas

KUALA LUMPUR, 19 Mac – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berharap peserta Malaysia di himpunan tabligh di Makassar, Indonesia yang pulang ke negara ini mesti melalui saringan kesihatan dan melakukan ‘self-quarantine’ selama 14 hari. “Saya juga berharap pihak kerajaan dan agensi penguatkuasa akan bertindak lebih tegas kepada mereka sebagai pengajaran kepada yang lain,” katanya dalam satu catatan […]

» Read more

Antara Dakwah Dan Fitnah: 5 Nasihat Buat Saudaraku Jemaah Tabligh! – Dr. Asyraf

AMAT sedih dan terkilan menyaksikan sikap segelintir yang memandang enteng dan ringan berkenaan dengan kemudaratan penularan wabak Coronavirus (Covid-19), terutamanya segelintir Ahli Jemaah Tabligh yang menyertai Himpunan Sri Petaling dan masih berdegil tidak mahu tampil bagi dilakukan ujian saringan kesihatan. Buat Saudara-saudaraku Jemaah Tabligh, 1. Benar niat kalian adalah baik tetapi niat yang baik dalam Islam perlu diselarikan dengan tindakan […]

» Read more

Pelajar IPT Yang Tinggal Di Kampus Diberi Kemudahan – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 19 Mac – Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang tinggal di asrama masing-masing sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula semalam, diberi kemudahan termasuk untuk mendapatkan makanan, kata Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Justeru, beliau yang juga Menteri Pertahanan meminta agar mereka terus kekal berada di asrama sepanjang penguatkuasaan perintah itu sehingga 31 Mac. Kemudahan untuk mereka […]

» Read more

10GB Data Percuma: Keuntungan Sudah Lama Tinggi, Masa Berkongsi Dengan Rakyat

KUALA LUMPUR, 19 Mac – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Sufian Hamdan bersetuju dengan saranan agar syarikat telekomunikasi/pembekal internet di Malaysia memberikan data percuma buat seluruh pelanggan persendirian mereka bagi meringankan beban yang ditanggung oleh, sepanjang tempoh kawalan pergerakan dikuatkuasakan. Cadangan tersebut disarankan oleh Shahrul Fadhel yang dimuatnaiik menerusi laman Facebooknya, hari ini. “Amat bersetuju dengan saranan Shahrul Fadhel agar […]

» Read more
1 … 2,183 2,184 2,185 2,186 2,187 … 2,526