COVID-19: Terima Kasih… Presiden UMNO Hargai Kementerian Prihatin Masalah Rakyat

KUALA LUMPUR, 19 Mac – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan ucapan penghargaan dan berterima kasih kepada Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah yang memaklumkan bahawa kerajaan akan menanggung kos pemberian diskaun bil elektrik sebanyak RM662 juta berikutan kesan penularan wabak COVID-19.

“Terima kasih Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah. Kerajaan bersetuju untuk memberi diskaun 15 peratus bagi penggunaan elektrik kepada enam sektor perniagaan terpilih iaitu hotel, agensi pengembaraan dan pelancongan, kompleks beli-belah, pusat konvensyen, taman tema dan pejabat syarikat penerbangan tempatan,” katanya dalam kenyataan berkaitan hal tersebut menerusi laman Facebooknya, hari ini.

Shamsul Anuar dipetik berkata pemberian diskaun sebanyak 15 peratus kepada enam sektor perniagaan terpilih yang menguna pakai tarif perdagangan melibatkan 10 ribu pemilik akaun dari enam sektor perniagaan terpilih yang menguna pakai tarif perdagangan dijangka memberi impak pengurangan bil elektrik sebanyak RM40 juta untuk tempoh 6 bulan bagi Semenanjung,

Terdahulu beliau turut mensyukuri tindakan yang dibuat oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad berikutan memberi pelepasan kepada para peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penangguhan bayaran balik selama tiga bulan.

“Alhamdulillah, Kementerian yang prihatin masalah rakyat,” katanya.

Dilaporkan, Noraini mengumumkan penangguhan bayaran balik selama tiga bulan berkuatkuasa serta merta hingga 30 Jun 2020 melibatkan semua peminjam PTPTN dan akan dikecualikan dari tindakan penguatkuasaan serta perundangan.

Dalam perkembangan berkaitan penularan COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan oleh kerajaan selama 14 hari sedang berlangsung. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.