10GB Data Percuma: Keuntungan Sudah Lama Tinggi, Masa Berkongsi Dengan Rakyat

KUALA LUMPUR, 19 Mac – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Sufian Hamdan bersetuju dengan saranan agar syarikat telekomunikasi/pembekal internet di Malaysia memberikan data percuma buat seluruh pelanggan persendirian mereka bagi meringankan beban yang ditanggung oleh, sepanjang tempoh kawalan pergerakan dikuatkuasakan.

Cadangan tersebut disarankan oleh Shahrul Fadhel yang dimuatnaiik menerusi laman Facebooknya, hari ini.

“Amat bersetuju dengan saranan Shahrul Fadhel agar syarikat-syarikat telekomunikasi berkorban sedikit keuntungan mereka membantu rakyat Malaysia tatkala Perintah Kawalan Pergerakan #Covid19. Berikan data percuma. Ramai yang perlu kerja dari rumah, bukannya mereka duduk goyang kaki semata.

“Saya tak perlu ulas panjang, hujah beliau tepat sekali. Cuma nak tambah, bukan 5GB tetapi 10GB pun syarikat telco mampu.”

Untuk makluman, terangnya, keuntungan telco Malaysia adalah amat tinggi berbanding negara kerana di negara-negara maju seperti UK dan AS, marjin perolehan perolehan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (pendek kata, marjin keuntungan) telco lazimnya 20%. Di Malaysia, 50%.

“Kalau nak kira julat keuntungan bersih pun, telco negara kita jauh lebih tinggi dari negara lain. Boleh tengok sendiri di bawah (gambar).

“Lazimnya bila bercakap tentang soal pendapatan rakyat, soal naikkan gaji, atau apa-apa sahaja yang memberi kos kepada sektor swasta, hujah balas adalah ‘ini pasaran bebas; syarikat tak mampu’ dan sebagainya.”

Hakikatnya, tegas beliau banyak syarikat besar yang mampu.

“Soalnya nak atau tak nak buat sahaja. Ini bukan ketika yang biasa – ini senario luarbiasa. Harap mereka buktikan bukan hanya Kerajaan, penjawat awam, pekerja kesihatan dan rakyat biasa berkorban dalam menghadapi krisis ini. Berkongsilah sikit keuntungan tu dengan rakyat,” ujarnya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.