COVID-19: Barisan Kepimpinan Menteri UMNO Terus Mengorak Langkah

KUALA LUMPUR, 20 Mac – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah melahirkan rasa syukur atas kepimpinan menteri-menteri UMNO yang mengorak langkah dalam mendepani bencana COVID-19.

“Syukur Alhamdulilah, barisan kepimpinan menteri UMNO mengorak langkah dalam menghadapi bencana Coronavirus. This is how we do it,” katanya.

Beliau berkata demikian ekoran berita yang disampaikan oleh Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa 100,000 topeng muka daripada China akan sampai pagi ini.

“Saya berharap anda semua tenang, sabar sambil meluangkan masa untuk membaca soalan-soalan lazim berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan yang akan berkuat kuasa pada 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020 ini,” kata Arman Azha lagi yang juga Ketua UMNO Bahagian Subang.

Terdahulu, Hishammuddin yang juga Ahli Parlimen Sembrong memaklumkan bahawa menerusi hubungan akrab Malaysia-China dan hasil usaha Perwakilan Malaysia di sana, 100,000 topeng muka akan sampai pagi ini.

“Alhamdulillah, more good news! Saya baru dimaklumkan oleh Duta Malaysia ke China, Raja Nushirwan, menerusi hubungan akrab Malaysia – China, dan hasil usaha Perwakilan Malaysia di sana, kita telah berjaya dapatkan 100,000 facemask daripada Presiden China-Asia Economic Development Association (CAEDA) yang cukup prihatin terhadap Malaysia. Terima kasih Raja Nushirwan dan Kedutaan Malaysia di China atas usaha ini!

“Dan terima kasih juga kepada AirAsia kerana saya difahamkan AirAsia sukarela menerbangkan peralatan ini ke Malaysia secara percuma. Insya-Allah, 100,000 facemask ini akan sampai pagi ini. Semoga ia berupaya membantu usaha kita dalam menangani wabak COVID-19,” katanya sebagaimana menerusi muat naik dari Facebook beliau, hari ini.

Perintah Kawalan Pergerakan memasuki hari ketiga hari ini yang berkuat kuasa selama 14 hari mulai Rabu lalu ekoran penularan COVID-19 yang kini melibatkan 900 kes dengan 2 kematian. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.