Tolak Ketegangan Kaum, Pemuda BN Ke Akar Umbi Jayakan Nilai Malaysia Sebenar

KUALA LUMPUR, 24 Okt – Pemuda Barisan Nasional (BN) akan turun menjelajah ke akar umbi dalam usaha membantu mengurangkan ketegangan kaum dengan memberikan perspektif yang lebih luhur berkenaan dengan sifat dan nilai Malaysia sebenar. Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata Tanjung Piai mungkin akan menjadi pentas pertama hasrat berkenaan malah satu jawatankuasa telah dibentuk dalam memperhalusi serta melicinkan lagi […]

» Read more

Lompat Parti Selamatkan Diri? Jaga Parti Bukan Ikut Individu – Annuar

KUALA LUMPUR, 24 Okt – “Jangan tinggal parti. Kita jaga parti bukan ikut individu. Kita kena jaga parti,” demikian tegas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa. Kata Annuar, pengalaman baharu sebagai pembangkang di peringkat pusat pasti akan mendapat tekanan dengan pelbagai cara, waima dihina dan diugut, yang harus dihadapi oleh ahli parti terutama pemimpin-pemimpin. “Sebagai orang yang berjuang, sudah […]

» Read more

Pemuda UMNO Persoal Bajet Belia Disalur Melalui YPC

KUALA LUMPUR, 24 Okt – Pergerakan Pemuda UMNO mempersoalkan langkah kerajaan yang memberikan peruntukan bajet 138 juta dalam Belanjawan 2020 untuk pembangunan belia menerusi Kelab Pemuda Belia (YPC) dan bukan melalui Majlis Belia Malaysia (MBM). Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata ini kerana YPC yang baru sahaja ditubuhkan di bawah Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sementara pemimpin-pemimpinnya adalah ketua-ketua […]

» Read more

Kerajaan “Pintu Belakang” Hanya Spekulasi, UMNO Hormati Demokrasi – Dr Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR 24 Okt – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menolak dakwaan usaha menubuhkan kerajaan baru ikut “pintu belakang” yang dikaitkan dengan bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Jelas beliau, semua spekulasi itu tidak akan terjadi sekiranya hanya dipersetujui sebelah pihak sahaja. “Saya yakin dengan sistem demokrasi adalah asas pembentukan kerajaan dan spekulasi tidak […]

» Read more

Isu Komik: Tahniah KDN, Desak Dap Disiasat Atas Isu Keselamatan Negara – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 24 Okt – Blok pembangkang mengucapkan tahniah kepada pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana telah mengambil tindakan yang segera dan tegas dalam mengharamkan penerbitan dan pengedaran komik propaganda ‘Inisiatif Jalur Dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’. Ketua pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan ini adalah selaras dengan usul yang dibentangkan oleh ketua Whip, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan […]

» Read more

Belanjawan Kedah 2020: Peruntukan Exco Naik Tapi Untuk Rakyat Dipotong

ALOR SETAR, 24 Okt – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tiang, Datuk Suraya Yaacob mempersoalkan kira-kira RM1.6 juta peruntukan diberikan kepada setiap Exco tetapi peruntukan untuk sektor lain pula dipotong. Menurutnya, beliau tidak mempertikaikan jumlah peruntukan diberikan kepada setiap Exco, sebaliknya mempersoalkan pengurangan peruntukan untuk sektor lain dan cara bajet dibuat. Dimaklumkan, peruntukan kepada exco tersebut diletakkan secara khusus […]

» Read more

Heret PTPTN Tindakan Bodoh? Biar Mahkamah Putuskan… – Peguam

KUALA LUMPUR, 24 Okt – Peguam bela dan peguam cara, Adnan Seman menangkis dakwaan yang mengatakan tindakan lima anak muda yang memfaikan saman ke atas Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), parti Pakatan Harapan (PH) dan kerajaan sebagai bodoh. Katanya, ini berdasarkan reaksi satu posting di Facebook yang mengkritik lima anak muda dengan mengatakan ia satu tindakan bodoh kerana saman […]

» Read more

PH Yang Cipta Masalah Jadi Pandai-Pandailah Selesaikan – Tajuddin

KUALA LUMPUR, 24 Okt – “Masalah ini dicipta oleh Pakatan Harapan (PH) dan Tun (Tun Dr. Mahathir Mohamad) jadi pandai-pandailah dia selesaikan,” ujar Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Rahman. Beliau berkata demikian mengulas isu India berkemungkinan boikot membeli minyak sawit daripada Malaysia kerana marah dengan ucapan Perdana Menteri itu di Perhimpunan Agung PBB baru-baru ini. “Apa yang Tun […]

» Read more

Kisah Komik Yang Memalukan

Langkah terkini yang diambil oleh pihak KDN mengharamkan komik BRI tidak dinafikan mengurangkan suhu ketidaktenteraman awam. Langkah pengharaman dibuat kerana komik tersebut didapati mendatangkan mudarat keselamatan dan menggemparkan fikiran orang ramai. Pada mulanya saya tidak percaya bahawa ada komik yang diedarkan ke sekolah yang mengandungi propaganda buruk politik kebencian dan penghinaan. Meskipun namanya ‘Belt and Road Initiative for Win Winism’ […]

» Read more

Kredibiliti Dap ‘Rosak’ Jika Nafi Terlibat Pengedaran Komik Propaganda – Najib

KUALA LUMPUR, 24 Okt – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sekiranya Dap mengambil tindakan menafikan keterlibatan mereka dalam isu komik propaganda yang dikatakan mempromosikan ideologi komunis maka ia akan merosakkan kredibiliti Dap itu sendiri. Jelas beliau, rakyat tidak akan percaya penafian Dap itu kerana kata-kata pengantar yang dimuatkan dalam komik tersebut adalah daripada pemimpin Dap sendiri. […]

» Read more
1 2,108 2,109 2,110 2,111 2,112 2,420