Bukan ‘Lepas Batok Di Tangga’… Kertas Putih Pertahanan Perlukan Komitmen Serius Kerajaan – Khairy

KUALA LUMPUR, 2 Dis – Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menegaskan Kertas Putih Pertahanan yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini bukanlah sekadar pelan perancangan tetapi ianya adalah satu ‘statement of intent’ atau penyataan niat yang memerlukan komitmen yang serius daripada Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Dalam perbahasannya hari ini, beliau menjelaskan banyak kandungan dalam Kertas Putih adalah […]

» Read more

Kertas Putih Pertahanan Tidak Berfokus, Tiada Kesinambungan, Hanya Sekadar ‘Wish List’ – Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 2 Dis – Bekas Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kecewa melihat Kertas Putih Pertahanan (KPP) yang tidak berfokus, tiada kesinambungan dan hanya sekadar ‘wish list’. Ujar Ahli Parlimen Sembrong itu ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat hari ini, sebagai mantan menteri, adalah menjadi tanggungjawab baginya untuk melakukan semak dan imbang terhadap intipati KPP tersebut apatah lagi […]

» Read more

PH ‘Halalkan’, ‘Restui’ Kewujudan Ideologi Pengganas Komunis?

KUALA LUMPUR, 2 Dis – Adakah kerajaan Pakatan Harapan (PH) cuba ‘menghalalkan’, ‘merestui’ kewujudan ideologi dan ‘mengiyakan’ sebarang acara keraian untuk mengenang pengganas komunis sebagai suatu perkara yang dibolehkan dalam Malaysia Baharu, soal Aktivis Muda Negeri Johor. Tegas mereka, sesiapa sahaja tanpa mengira kaum dan agama wajar untuk mengambil pendirian bahawa pengganas komunis tidak boleh dikenang, dirai atau apa jua […]

» Read more

Dap Pengkhianat Negara… PDRM Didesak Siasat Perhimpunan Bekas Komunis

KUALA LUMPUR, 2 Dis – Pergerakan Pemuda UMNO mendesak pihak PDRM menyiasat secara telus dan mengambil tindakan terhadap perhimpunan yang dikatakan bekas ahli kumpulan pengganas Parti Komunis Malaya (PKM) kerana ianya memberi ancaman kepada keselamatan negara. Exconya, Datuk Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris menganggap tahun ini adalah masa yang gelap dan memalukan bagi seluruh rakyat Malaysia kerana sebelum ini, pengganas […]

» Read more

PAU 2019 Bukti UMNO Terus Relevan, Benteng Pertahan Maruah Bangsa

KUALA LUMPUR, 2 Dis – Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2019, yang bakal berlangsung Rabu ini menjadi bukti bahawa parti tersebut terus relevan dalam perjuangannya sebagai parti politik yang mendukung cita-cita Kebangsaan demi mengekalkan maruah dan martbat agama, bangsa dan negara. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO negeri Pahang, Mohd Farid Mohd Nor berkata, selepas Barisan Nasional (BN) tewas dalam Pilihan Raya Umum […]

» Read more

Apabila Pengganas Mula Dimuliakan Di Zaman PH Malaysia Baharu…

KUALA LUMPUR, 2 Dis – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki melihat pada zaman Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dianggap Malaysia Baharu semuanya nak diberikan tempat. Rupa-rupanya kata beliau, isu abu Bapa Pengganas Malaya Chin Peng hanyalah permulaan kepada gerakan untuk kembali merubah naratif sejarah tanah air. “Nampaknya di zaman Kerajaan PH ni, Malaysia Baharu semuanya nak […]

» Read more

PAU 2019: Wawancara Khas Bersama Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan

S: Ini adalah kali kedua Perhimpunan Agung UMNO 2019 berlangsung dalam keadaan UMNO bukan lagi parti pemerintah. Bagaimana Datuk Seri melihat ‘mood’ dan keadaan UMNO terutama ahli secara keseluruhannya? J: Ini adalah kali kedua Perhimpunan Agung UMNO yang dijalankan dalam masa kita tidak lagi menjadi parti pemerintah. Walau bagaimanapun seperti yang selalu saya cakapkan, UMNO ini satu perjuangan yang mana […]

» Read more

PAU 2019: Skuad Sayang Dan Skuad Sabil Berganding Bahu, Bekerjasama

KUALA LUMPUR, 2 Dis – Komanden Skuad Sayang Wanita UMNO Malaysia, Datuk Shamsiah Yasin berbangga apabila Skuad Sayang diberi kepercayaan terlibat sama dalam upacara perbarisan bersama Skuad Sabil sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) tahun ini. Katanya, Skuad Sayang yang dibarisi seramai 60 orang sukarelawan itu akan memastikan ia dapat berjalan dengan lancar dan jayanya. “Perbarisan PAU 2019 dari Skuad Sayang […]

» Read more

UMNO Satu Perjuangan, Perteguh Semangat Perbetulkan Sikap Untuk Bangkit Semula – Tok Mat

KUALA LUMPUR, 1 Dis – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, UMNO ini adalah satu perjuangan yang harus diperkasakan maka semua pihak harus perteguhkan semangat dan perbetulkan sikap untuk bangkit semula. Jelas beliau, sekiranya semangat terus utuh dan sikap diperbetulkan maka apa sahaja yang menjadi fokus parti pasti akan dapat digapai. “Walaupun kita bukan lagi sebuah parti pemerintah […]

» Read more

BN Jadi Harapan Bela Nasib Rakyat Setelah Tertipu Dengan PH – Zahid

KUALA LUMPUR, 1 Dis – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa sokongan rakyat hari ini telah kembali kepada BN dengan harapan BN akan membela nasib mereka setelah tertipu dengan pelbagai janji kerajaan hari ini. Katanya, biarpun ada yang menjadi ‘reptelia’ dan melompat ke parti lain apabila BN tewas dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 […]

» Read more
1 2,077 2,078 2,079 2,080 2,081 2,406