Calon Bebas… Jangan Berselindung Di Sebalik Pokok Pisang – Mohamad

 

TANJUNG MALIM, 20 Ogos – Jangan berselindung di sebalik pokok pisang…kalau nak selindung, selindung di belakang tembok yang besar…jangan berselindung di belakang pokok pisang orang akan nampak badan serta muka siapa. Tidak payahlah berselindung di sebalik Bebas.

Macam di Chini kita tahu siapa. Di sini lagilah ramai pemimpin mereka. Sini mungkin dekat dengan Kuala Lumpur dan mungkin Chini sebelum ini mungkin jauh daripada Kuala Lumpur. Tidak mengapa…berkempen dan kita mengalu-alukan. Orang Besout…orang Slim semua mengalu-alukan semua pemimpin daripada parti untuk berkempen tetapi secara sihat, demikian kata Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan.

Menurut Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO, semua pihak boleh berkempen namun mestilah tahu tahap cara berkempen untuk kepentingan dan keharmonian semua pihak.

‘’Jadi kempenlah dan negara kita mengamalkan demokrasi. Sesiapa sahaja boleh berkempen tetapi asalkan kita kita tahu tahap cara kita berkempen. Tambahan pula kita nak menghadapi kemerdekaan tanah air kita mesti jaga keharmonian masyarakat.

‘’Menang atau kalah biasa dalam pilihan raya tetapi jangan sampai kita menghancurkan ‘fabrik’ masyarakat kita yang telah lama bersatu padu, masyarakat yang telah lama hidup bersama dan itu penting terutama dalam DUN Slim ini kita juga mempunyai pengundi yang pelbagai dan pengundi Melayu, bukan Melayu..Pengundi Cina, India dan sebagainya. Jangan kita mainkan isu perkauman,’’ katanya.

Terdahulu sebelum itu beliau mengadakan sembang santai di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Besout 1 dan mengadakan ziarah kasih bersama jentera setempat yang lain, di sini, Rabu.

Tambah Mohamad pengundi dan masyarakat perlu dijelaskan apa yang ingin dilakukan dan apa yang akan dibuat serta kaedah bagaimana dilaksanakan malah rakyat hari ini boleh menilai kerajaan parti mana yang boleh bekerja dan kerajaan parti mana yang cakap sahaja tetapi tidak buat apa-apa pun.

‘’Kita beritahu orang…kita beritahu pengundi apa kita boleh buat dan apa yang akan kita buat dan macammana yang akan kita lakukan . Itu penting dan biar orang nampak. Orang sekarang semua mempunya pengetahuan dan maklumat berada di hujung jari,’’ ujarnya.- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.