PRK Slim: Tidak Ambil Mudah, Resepi Rendah Diri Tunjang Kekuatan BN – Shahril

TANJUNG MALIM, 20 Ogos – Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan berkata resepi kejayaan Barisan Nasional (BN) adalah sentiasa merendah diri dengan apa jua rintangan yang melanda khususnya dalam pelaksanaan gerak kerja jentera BN.

Katanya, sikap jentera BN yang sentiasa siap siaga dan berwaspada serta tidak mengambil mudah jelas telah memberi kemenangan pada enam Pilihan Raya Kecil (PRK) baru-baru ini.

“… dan sebenarnya resepi kemenangan adalah resepi rendah diri dan resepi sentiasa berjaga-jaga serta berwaspada sampailah keputusan diumumkan… kita tidak ambil mudah apa-apa perkara.

“Kita tidak ambil mudah setiap perkara termasuklah di PRK Slim walaupun landskapnya adalah positif tetapi kita terus bekerja keras kerana kita telah banyak belajar dari PRK dan pilihan raya yang umum lalu pun,” katanya kepada UMNO Online selepas berkempen bersama calon BN, Mohd Zaidi Aziz dalam Majlis Bersama Pengundi PDM Gunung Besout 1, semalam.

Shahril juga turut mengulas selepas lima hari berkempen dan melihat bahawa jentera BN adalah jentera yang paling tersusun serta paling giat bergerak.

Ini berbeza dengan dua calon bebas yang dilihat secara rambang dan agak perlahan dalam aktiviti dan pergerakan mereka, jelas beliau lagi.

“Mungkin tidak mengejutkan kita kerana mereka tidak ada ‘stucture’, mereka tidak ada punca kuasa atau punca pengaruh dalam kawasan ini.

“Itu mungkin bukan hal besar kerana hanya kempen, tapi yang wajar menjadi kerisauan pengundi iaitu zaman kempen pun mereka tidak tersusun dan aktif apatah lagi kalau dia menang menjadi Yang Berhormat nanti.

“Ini salah satu sebab dan jelas kenapa pengumdi-pengundi Slim mesti beri undi yang besar untuk BN kerana struktur dan pelaksanaan yang tersusun, undilah Mohd Zaidi,” ujarnya – UMNO ONLINE

Oleh: Amin Adnan

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.