Lahirnya Muafakat Nasional Menoktah Perbalahan

LAHIRNYA MUAFAKAT NASIONAL …
(Menjelang Ulang Tahun Pertama Kelahiran)

Lahirnya Muafakat Nasional atas deraian airmata keinsafan untuk menoktahkan perbalahan puluhan tahun yang membinasakan….

Lahirnya Muafakat Nasional atas keimanan untuk memenuhi tuntutan Ilahi supaya ummah berpadu dan jauhi permusuhan yang memudaratkan….

Lahirnya Muafakat Nasional atas kesedaran untuk menyelamatkan Agama daripada terus diremehkan lantaran perpecahan ummah yang berterusan….

Yang jelas Muafakat Nasional dibina….

Atas dasar keimanan….
Atas semangat penyatuan
Atas landasan kesetiaan.
Atas ikatan persahabatan….

Bukan sekadar perkongsian kuasa, bukan juga hanya perkiraan untung rugi pilihan raya.

Muafakat Nasional sudah menjadi milik semua. Milik ummah, milik rakyat terbanyak. Bukan milik mana-mana pemimpin, bukan juga milik ekslusif mana-mana parti!

Justeru, wahai para Pimpinan! Jangan dipersia harapan ummah, jangan dikhianati amanah rakyat, jangan diperjudi nasib Agama dan Negara. Muafakat ini begitu mahal nilai dan harganya untuk digadaikan begitu sahaja….

Nukilan,
Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia