Perjuangan, Rakyat Di Aras Tertinggi… Bulatkan Tekad Bela Watan Sabah – Puteri Sabah

KOTA KINABALU, 19 Ogos – Pergerakan Puteri UMNO Sabah berkeyakinan UMNO Sabah harus terus meletakkan perjuangan dan rakyat pada aras tertinggi.

Dalam keadaan gendang Pilihan Raya Negeri (PRN) sudah dipalu dan semboyan telah berbunyi, Puteri UMNO Sabah menyeru semua pihak membulatkan tekad dan semangat untuk terus membela watan Sabah.

“Menjunjung slogan parti keramat UMNO, Bersatu-Bersetia-Berkhidmat, Pergerakan UMNO Negeri Sabah menghormati keputusan yang telah dibuat oleh Institusi Presiden dalam menghadapi PRN yang ke-16.

“Seluruh ahli dan jentera Pergerakan Puteri UMNO Sabah akan terus berkhidmat kepada parti dan optimis kemenangan kepada UMNO Sabah pada PRN kali ini berdasarkan kecemerlangan dalam memperjuangkan rakyat sebelum ini dan konsisten sehingga kini,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelas kenyataan tersebut, adapun pergeseran yang timbul, sebagai ahli bongsu dalam saf kepimpinan UMNO, Pergerakan Puteri UMNO Sabah merasakan hal sedemikian adalah proses kematangan dalam beroganisasi dan biarkan seperti ‘biduk berlalu, kiambang bertaut’.

“Perbezaan pendapat adalah perkara biasa dalam parti, bukti demokrasi subur dalam UMNO baharu.

“Pergerakan Puteri UMNO Sabah yakin dan percaya dengan kebijaksanaan semua pihak,” ujarnya lagi. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.