PH Gagal, BN Akan Buat Laporan Dakwaan Program Beri Cabutan Bertuah

KIMANIS, 5 Jan – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, beliau akan meminta bilik gerakan BN untuk membuat laporan terhadap dakwaan cabutan bertuah berupa motosikal dan pelbagai barangan lain dalam satu program sambutan hari Krismas di pekan Membakut yang turut dihadiri oleh Ketua Menteri Sabah. Jelas beliau, ini jelas adalah satu kesalahan akta pilihan raya. “Ini […]

» Read more

Tahun 2020: Dekad Baharu, Tekad Baharu

Berakhirnya tahun 2019 menandakan negara kita melangkah ke dekad baharu dalam dunia yang semakin kompleks dan mencabar. Merangkumi kehidupan, ekonomi, politik, agama dan hubungan antarabangsa. Tahun 2020 pastinya datang dengan sinar dan harapan baharu. Bagi generasi X dan Y yang lahir antara tahun 1965 hingga 1997, mereka sinonim dengan Wawasan 2020 atau “Vision 2020” yang telah dilancarkan pada 28 Februari […]

» Read more

Jentera Parti Tidak Akan Terikut Provokasi Murahan, Terus Kempen Pengundi – Bung Mokhtar

KIMANIS, 4 Jan – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar radin berkata jentera parti akan menemui pengundi seramai mungkin dalam usaha menyatakan perkara yang sebenarnya terutama pentingnya parti itu diberikan mandat pada Pilihan raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis. Menurut beliau kerajaan yang dipilih oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu dilihat gagal dalam melaksakan amanah […]

» Read more

PRK Kimanis: Beri Peluang BN Pertahan Kerusi Parlimen – Noraini

KIMANIS, 4 Jan – Ketua Wanita UMNO Malaysia Datuk Dr. Noraini Ahmad melahirkan harapan agar para pengundi dapat memberikan peluang kepada calon Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis ini. Jelas beliau, walaupun kemenangan BN tidak dapat mengubah kerajaan negeri namun perlu diingat bahawa BN mampu membawa suara rakyat dengan baik di Dewan Rakyat. “Calon BN Datuk Mohamad […]

» Read more

PRK Kimanis: Rakyat Harus Terjemahkan Kemarahan Melalui Peti Undi

KIMANIS, 4 Jan – Ketua Penerangan UMNO Malaysia Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, pengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis harus menterjemahkan rasa tidak puas hati mereka kepada kerajaan negeri Sabah dengan mengundi Barisan Nasional (BN) sebagaimana yang dilakukan oleh pengundi di Tanjung Piai. Jelas beliau, dengan kelemahan dan pelbagai janji kosong parti Warisan dan PH khususnya, sudah tentu […]

» Read more

Satu Lawan Satu PRK Kimanis, 5,000 Penyokong BN Banjiri Pusat Penamaan

BEAUFORT, 4 Jan – Hampir 5,000 penyokong dan pendokong Barisan Nasional (BN) memenuhi luar Dewan Datuk Seri Panglima Dun Banir yang merupakan pusat penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis, hari ini. Mereka berkumpul seawal pukul 7.30 pagi dan jumlah yang hadir meningkat dari semasa ke semasa dan perarakan ke pusat penamaan calon bermula pada pukul 8.45 pagi. Laungan […]

» Read more

Penamaan Calon PRK Kimanis, Sokongan Jentera Parti Iringi Calon BN

KIMANIS, 4 Jan – Hari ini bermulanya poses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis di Dewan Datuk Seri Panglima Dun Banir Beaufort. Seawal jam 7.30 pagi para penyokong Barisan Nasional (BN) telahpun membanjiri lokasi tersebut bagi memeriahkan suasana penamaan calon sekaligus menunjukkan tanda sokongan kepada calon parti dengan laungan ‘Radu Tatap Radu’ dan ‘Ubah Balik’. Timbalan Pengerusi […]

» Read more

Menjelang Penamaan Calon, Alhamdulillah Semangat Jentera Melonjak – Rosnah

KIMANIS, 3 Jan – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin percaya dan penuh yakin semangat yang ada pada seluruh jentera parti untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis berada pada tahap yang cukup tinggi. Justeru tegas beliau bermula pada hari penamaan calon esok, tentunya jentera akan bergerak sepenuhnya di seluruh kawasan Kimanis dengan gerak kerja […]

» Read more

Rakyat Disuruh Ikat Perut Tapi Menteri PH Dapat Velfire – Najib

KIMANIS, 3 Jan – “Rakyat disuruh ikat perut tapi menteri dapat Velfire,” sindir bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Jelas beliau, kini secara tidak langsung membuktikan hanya Barisan Nasional yang benar-benar membela dan memdengar denyut nadi rakyat. “Tiada siapa boleh nafikan masa BN memerintah, kebajikan rakyat diutamakan. Sekarang kerajaan baru, rakyat disuruh ikat perut tapi menteri dapat Velfire. […]

» Read more

‘Bisik-Bisik’ Yakinkan Pelbagai Pihak BN Bawa Suara Rakyat – Asyraf

KIMANIS, 3 Jan – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata ‘strategi bisik-bisik’ dilihat langkah terbaik dalam usaha menarik sokongan rakyat termasuklah mereka yang menyokong Pakatan Harapan (PH). Menurut beliau tanpa memusuhi sesiapa apatah lagi perang mulut dengan pihak lawan dan sebagainya, maka insya-Allah Barisan Nasional (BN) yang membawa suara rakyat akan mendapat kepercayaan. “Kita bisikkan… orang Warisan […]

» Read more
1 2,052 2,053 2,054 2,055 2,056 2,408