Setahun Muafakat Nasional: Penyatuan Yang Cukup Bermakna – Saarani

KUALA LUMPUR, 16 Sept – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata setahun Muafakat Nasional (MN) ini memperlihatkan penyatuan yang cukup jelas antara kedua-dua parti yang setelah lama bertelagah.

Katanya, sebaik sahaja Piagam MN ditandatangani oleh kedua-dua Presiden UMNO dan PAS, penyokong-penyokong kedua-dua parti ini merasa terharu dan gembira apabila pertelingkahan yang begitu lama telah menyatukan kembali khususnya orang Melayu Islam.

“Penyatuan ini cukup bermakna yang mana dapat menyatukan kembali malah juga masyarakat yang di atas pagar juga turut menyokong penyatuan MN ini. Saya sangat-sangat gembira dengan perkembangan MN.

“Oleh kerana itu saya berdoa kepada Allah SWT dan menyeru kepada penyokong kedua-dua parti UMNO dan PAS supaya kita benar-benar ikhlas dan benar-benar jujur, niat kerana Allah Taala untuk kita terus menyatukan hati-hati orang UMNO dan PAS demi agama, bangsa dan negara kita, insya Allah.

“MN di negeri Perak agak ke depan sikit. Sebaik saja kita melancarkan piagam malahan sebelum piagam ini ditandatangani pun MN negeri Perak telah bergerak lebih awal kerana secara kebetulan ada ‘chemistry’ di antara saya dengan Pesuruhjaya PAS Negeri, Razman Zakaria… kami sekampung,’’ katanya.

MN akan mengembalikan kuasa dan memperkasakan Melayu dan Islam di negara ini dalam menghadapi agenda-agenda pihak tertentu, tambah Saarani lagi.

Untuk rekod, Piagam MN telah ditandatangani oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 14 September lalu. – UMNO Online

Oleh: Amin Adnan

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.