Warisan 10 Sen Pun Tiada Bantu, Ada Hati Nak Jadi PM… – Pengundi

BATU SAPI, 16 Sept – 26 September ini rakyat Sabah bakal mengundi menentukan parti manakah yang bakal diberi kepercayaan menerajui negeri di bawah bayu ini.

Adakah rakyat Sabah masih mempercayai kepimpinan parti Warisan ataupun mereka sudah jelak, sama seperti rakyat di Kimanis ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 18 Januari lalu mahupun siri-siri PRK di Semenanjung yang kecewa dengan 22 bulan di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Tinjauan yang dilakukan oleh UMNO-Online, secara purata menunjukkan rakyat Sabah mahu ‘ubah balik’.

Bagi Sufian Abdullah 45, rakyat Sabah harus menolak Warisan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini kerana ternyata Warisan gagal dalam mentadbir negeri ini.

“Dulu kita menaruh kepercayaan dan amanah kepada Warisan, dia bilang mahu bantu rakyat Sabah. Jangan kata zink atau jambatan, 10 sen pun tiada, gagal.

“Kami rasa kecewa jadi saya minta kita ubah balik, yang boleh pimpin kita hanya BN (Barisan Nasional). Bantuan BR1M BN tambah sama (kepada) rakyat, bantuan COVID pun bantu, Warisan? COVID pun tidak bantu. Kalau bantu pun mereka pilih… yang dapat hanya orang mereka sahaja.

“Dulu saya undi Warisan, jadi sekarang kita kena ubah balik. Tidak ada sesenpun dia bantu rakyat. Rakyat kena sedar, dia (Shafie Apdal) minta mahu jadi perdana menteri, dia fikirlah… cermin dulu muka dia, kalau dia rasa boleh pimpin berapa belas buah negeri, dia kena pimpin negeri sendiri dulu. Kalau dia boleh bagi maju negeri sendiri baru boleh jadi perdana menteri, tapi sekarang dia gagal, tiada guna,” ujarnya.

Manakala bagi Mohd Amin 53, juga melahirkan harapan agar rakyat Sabah sedar mengapa Warisan perlu ditolak dalam PRN kali ini.

“Kekalahan BN dalam PRU-14 (Pilihan Raya Umum Ke-14) mungkin kerana rakyat mahu ubah tapi ternyata setelah diberi peluang, Warisan gagal mengubah kehidupan seperti yang rakyat mahu. Jadi, kena ubah balik disebabkan kegagalan mereka.

“Betapa banyak pembangunan yang dibawa oleh BN dulu, kebajikan orang kampung, jalan raya, walau susah nak beri yang terbaik untuk semua rakyat tapi rakyat yang memerlukan tetap dapat bantuan. Jadi, saya sarankan kepada pengundi, berbaliklah kepada BN sebab hanya BN boleh membela rakyat baik dari segi pembelajaran dan ekonomi. Hanya BN yang kita boleh anggap berjaya,” ujarnya.

Luahan kekecewaan Dayang Gamit Bajan 65, kepada Warisan pula begitu sayu.

Ujarnya, dia hanya diberikan RM10 apabila cuba memohon bantuan bagi meringankan kos sara hidup.

“Makcik pergi pejabat minta bantuan, dulu dia (Warisan) ada janji dengan rakyat boleh tolong kami tapi tidak tolong juga. Jadi kena tukar undi… Warisan tidak ada tolong rakyat.

“Saya orang miskin…tidak mampu. Kalau saya pergi pejabat mereka bagi saya RM10, mereka kata YB (Yang Berhormat) tidak ada jadi bagi RM10 untuk pulang… mana cukup. Naik bas saya tak larat sudah tua, kena naik grab, nak pergi hospital lagi. Duit juga semua ini, dulu zaman BN ada bantu makcik, sekarang tidak ada,” luahnya.

Halimah Idris 63, juga kecewa dengan Warisan yang tidak mempedulikan kesusahan rakyat.

“Warisan ini hanya datang ambil gambar, tapi sampai sekarang tidak bagi bantuan. Sampai mengamuk suami saya, dari dulu sampai sekarang tiada bantuan. Tengoklah rumah kami, hampir mahu roboh. Tapi sikitpun kerajaan tidak peduli,” ujarnya penuh kecewa.

Begitulah suara rakyat Sabah, suara penuh kekesalan dengan sikap dan tindakan kerajaan pimpinan Warisan… – UMNO ONLINE

Oleh: Azlina Rosdy

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.